web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Lancar e-Khutbah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 1:09PM

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan laman web Khutbah Selangor (e-Khutbah Selangor) yang mengandungi semua teks khutbah diterbitkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Sultan Sharafuddin bertitah laman web berkenaan menghimpunkan koleksi 23 tahun khutbah bertulisan jawi dan rumi yang terdiri daripada koleksi khutbah dibacakan pada setiap solat Jumaat, Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha serta solat sunat gerhana.

“e-Khutbah Selangor turut mengandungi menu untuk carian teks khutbah dan multimedia berbahasa Inggeris.

“Beta berpandangan bahawa khutbah sangat penting sebagai medium ulil amri untuk menyampaikan ajaran agama Islam dengan tepat dan bertanggungjawab. Khutbah adalah medium masyarakat bagi menambah ilmu, kefahaman tentang prinsip-prinsip dan perlaksanaan agama Islam berkaitan akidah, syariah dan akhlak,” titah baginda dalam kenyataan dikeluarkan Istana Alam Shah, Klang, hari ini.

Sultan Sharafuddin bertitah khutbah turut berperanan memberi pendekatan dituntut oleh Islam terhadap isu dan permasalahan semasa selain menjadi media dakwah lisan yang luas liputannya.

Baginda yang menzahirkan rasa berpuas hati dan berbangga dengan mutu khutbah dihasilkan, turut berharap usaha tersebut dapat diteruskan.

“Beta mengucapkan tahniah serta terima kasih atas kerja-kerja yang dijalankan oleh Jawatankuasa Khutbah Negeri Selangor,” titah baginda.

Sultan Sharafuddin yakin dengan mewujudkan laman web berkenaan, ia akan menjadi bahan bacaan, panduan serta rujukan ilmuan, guru, pelajar dan pendakwah selain boleh dibaca oleh mereka yang tidak berkesempatan menunaikan solat Jumaat di Selangor atas sebab tertentu, wanita Islam dan masyarakat awam.

Orang ramai boleh membaca khutbah-khutbah yang dimuat naik menerusi https://e-khutbah.jais.gov.my/. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad