web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PRK Kemaman: PPS Akan Jadi Pusat Mengundi Sekiranya Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 12:55PM

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CHUKAI - Pusat pemindahan sementara (PPS) akan dijadikan sebagai pusat mengundi sekiranya berlaku banjir semasa hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata pihaknya telah bersedia dengan kekuatan anggota serta aset untuk memastikan perjalanan hari pengundian berjalan dengan lancar.

“Kita tengok sekiranya masa mengundi banjir kita telah bersetuju dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) supaya ada PPS yang akan dijadikan tempat mengundi dan kita telah atur tenaga kerja dan aset untuk pastikan perjalanan mengundi di PPS terpilih berjalan lancar.

“Di Kemaman dijangka banjir tetapi belum lagi, namun kita harap semasa mengundi nanti tak banjir dan kalau banjir kita dah bersedia dan susun strategi,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, beliau meninjau proses pengundian secara pos oleh anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia serta anggota tentera di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman hari ini.

PRK Parlimen Kemaman menyaksikan bekas Panglima Angkatan Tentera Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor mewakil Barisan Nasional (BN) berdepan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Mengenai proses pengundian hari ini, Mazli berkata ia melibatkan 342 anggota PDRM dan tiga tentera yang melaksanakan tanggungjawab mereka di dua lokasi melibatkan IPD Kemaman dan Balai Polis Pasir Gajah.

“Alhamdulillah hari ini berjalan lancar, PDRM ambil pendekatan mendaftarkan semua pengundi warga PDRM di Kemaman ini untuk undi pos … ini kerana kalau warga PDRM ini mengundi awal (pada 28 Nov) dah banjir, kita akan menghadapi kesukaran menjalankan tugas menyelamat mangsa banjir,” katanya.

Mazli berkata baki tiga lagi pengundi awal yang merupakan pasangan tentera akan melaksanakan tanggungjawab mereka pada 28 Nov di Balai Polis Kijal.

Ditanya berhubung laporan polis sepanjang kempen PRK Kemaman, Mazli berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan sepanjang seminggu kempen berlangsung yang membuktikan kedua-dua parti bertanding mematuhi segala peraturan dan undang-undang. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar