web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Guru Sekolah Menengah, Keluarga Rugi RM95,000 Terpedaya Pakej Umrah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2023 8:14AM

Che Roni Mat dan sembilan ahli keluarganya kerugian RM95,000 selepas dipercayai diperdaya sebuah syarikat terkenal di ibu negara. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang guru di sebuah sekolah menengah di Kelantan bersama sembilan ahli keluarganya untuk menunaikan umrah tidak kesampaian apabila menjadi mangsa penipuan pakej umrah sebuah syarikat terkenal di ibu negara, kira-kira empat tahun lepas.

Che Roni Mat, 56, berkata akibat penipuan itu, beliau dan keluarganya menanggung kerugian kira-kira RM95,000. 

Lebih menyedihkan, kakak iparnya yang sepatutnya menunaikan ibadah umrah bersama-sama telah jatuh sakit dan meninggal dunia tahun lepas kerana terkejut selepas mengetahui jumlah wang hasil simpanan menjual kuih-muih hilang begitu sahaja.

"Kakak ipar saya kerja kampung saja, hasil jualan kuih sikit-sikit hendak pergi tunaikan umrah, Allahyarham serah pada saya, sangat menyedihkan hasrat beliau hendak mengunjungi Kota Makkah dan Madinah tidak kesampaian kerana meninggal dunia pada Mac 2022,” katanya pada dalam sidang media penipuan pakej umrah itu selepas membuat laporan polis di sini hari ini.

Che Roni adalah antara 123 mangsa yang membuat laporan polis berhubung penipuan pakej umrah berkenaan dengan jumlah kerugian RM1.3 juta.

Bapa kepada lima anak itu berkata beliau sangat kecewa apabila berkali-kali diperdaya oleh syarikat berkenaan yang menjanjikan penjadualan semula tiket penerbangan dan memintanya membuat bayaran tambahan.

Menurutnya, beliau dan keluarganya membayar RM77,000 kepada syarikat bagi jadual perjalanan pertama dan menambah RM2,000 seorang bagi jadual perjalanan kedua namun enggan membuat pembayaran tambahan sebanyak RM300 seorang bagi jadual perjalanan ketiga kerana mula hilang kepercayaan sebelum terus membatalkan pakej umrah itu sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf ketika dihubungi Bernama hari ini mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut akan dijalankan. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad