web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PLKN 3.0 Mungkin Dilaksana Mulai 2025

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 6:37PM

Tiada kemungkinan PLKN dilaksanakan tahun depan kerana ia tidak dimasukkan dalam Belanjawan 2024. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 mungkin hanya akan dilaksanakan bermula 2025, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.

Mohamad berkata tiada kemungkinan untuk PLKN dilaksanakan semula tahun depan memandangkan perkara itu tidak dimasukkan ke dalam Belanjawan 2024.

Beliau berkata 13 Kem Askar Wataniah di seluruh negara yang dicadangkan sebagai lokasi PLKN diadakan juga perlu terlebih dahulu melalui proses naik taraf bagi tujuan berkenaan.

“Jadi (pelaksanaan) PLKN ini masih lagi dalam peringkat kajian, Jemaah Menteri dah luluskan supaya kementerian lakukan kajian lanjut untuk hidupkan semula PLKN.

Segala analisis dan maklum balas berkaitannya termasuk mekanisme pelancaran semula itu akan dibincangkan bersama pihak berkepentingan, masyarakat dan NGO (badan bukan kerajaan) seterusnya dibawa kepada Jemaah Menteri sebelum dimuktamadkan,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Kementerian Pertahanan telah mendapat kelulusan untuk membuka Pejabat Atase Pertahanan baharu di Mesir yang dijangka akan mula beroperasi tahun depan.

Mohamad berkata pembukaan pejabat itu merupakan sebahagian daripada strategi negara dalam menjalinkan hubungan serantau antarabangsa dalam bidang pertahanan.

Beliau berkata ketika ini, terdapat 26 Pejabat Atase Pertahanan di luar negara dengan pejabat di Jordan ditutup pada 2018, manakala Pejabat Atase Pertahanan di Pretoria, Afrika Selatan pula adalah satu-satunya pejabat atase pertahanan di Benua Afrika yang boleh merangkumi kawasan selatan dan tengah benua itu.

“Kita buka di Mesir, telah diluluskan kerajaan, ia boleh merangkumi kawasan di Timur Tengah utara dan kawasan utara Afrika,” katanya.

Bagaimanapun katanya, Kementerian Pertahanan tidak akan menutup Pejabat Atase Pertahanan di Vientiane, Laos, walaupun ia kurang aktif memandangkan negara itu akan menjadi Pengerusi ASEAN 2024.

Mengenai isu projek Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT), Mohamad berkata 3,307 unit RKAT  sedang dalam pembinaan antaranya 284 unit di Markas Sungai Pancing, Pahang; Kem Tentera Syed Sirajuddin Gemas, Negeri Sembilan (1,309 unit);  Kem Muara Tuang, Sarawak (190) dan Kem Lok Kawi, Sabah (513).

“RKAT itu menggunakan peruntukan RM517.4 juta manakala RM400 juta pula untuk menambah baik dan menaik taraf RKAT sedia ada...kerana RKAT dulu terlampau kecil dan tidak sesuai untuk didiami keluarga,” katanya.

Mengulas isu sistem radar jarak jauh bagi perolehan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang didakwa hanya dalam peringkat prototaip, Mohamad menyangkal dakwaan itu kerana aset berkenaan kini dikategorikan sebagai dalam pengeluaran dan sudah matang selain dijenamakan semula sebagai GM400 Alpha.

Selain itu, beliau berkata dakwaan laporan penilaian fizikal bagi perolehan aset itu telah dimanipulasi juga tidak benar kerana kriteria penilaian adalah berdasarkan jadual pematuhan dokumen petender dan ahli pemeriksa fizikal yang terdiri daripada pegawai yang dilantik TUDM berdasarkan kepakaran bidang masing-masing.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus dan pembangunan berjumlah RM19,731,497,700 yang diperuntukkan kepada kementerian itu dengan lebih suara menyokong selepas dibahaskan 15 Ahli Parlimen. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad