web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Op MURNI: ATM Tambah Baik Khidmat Bantu Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 4:33PM

Op MURNI di kawasan banjir turut memanfaatkan khidmat anggota wanita bagi membantu mangsa banjir dalam kalangan wanita. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus memanfaatkan setiap peluang yang ada untuk menambah baik mutu perkhidmatan ketumbukan itu ketika membantu mangsa bencana alam seperti mangsa banjir di Terengganu ketika ini.

Panglima 8 Briged, Brigedier Jen Datuk Aizuddin Hassan berkata ia termasuklah peka dengan sensitiviti mangsa wanita yang menurutnya lebih selesa jika diuruskan oleh anggota penyelamat wanita ketika kerja pemindahan ke pusat pemindahan sementara.

"Kali ini kita beri perhatian lebih terhadap pelaksanaannya (anggota wanita diutamakan untuk membantu mangsa wanita) sebab ikut pengalaman saya ketika bertugas dalam misi pengaman sebagai Komander MALBATT 850-8 di bawah United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dahulu saya dapati mangsa wanita lebih mudah diuruskan oleh anggota wanita.

"Kita beri perhatian dan aturkan agar setiap operasi pemindahan mangsa banjir ada anggota wanita. Mana-mana peluang yang ada untuk jadi lebih baik...kita ambil dan laksanakan," katanya yang bertanggungjawab mengepalai Op MURNI di Terengganu dan Kelantan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat gerak kerja anggota yang terlibat dalam Op MURNI menyelamat mangsa banjir di Terengganu di Kem Seri Pantai, Seberang Takir, di sini hari ini.

Op MURNI di Terengganu membabitkan 17 pegawai dan 356 anggota Lain-lain Pangkat dari empat pasukan iaitu Rejimen 512 Askar Wataniah, Batalion Kelapan Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Para), Briged Keempat Infantri Malaysia Mekanize (4 Briged Mekanize) dan Rejimen Kelima Artileri Diraja.

Aizuddin berkata ATM juga sentiasa belajar daripada operasi yang dijalankan sebelum ini bagi memastikan Operasi Ketenteraan Selain Peperangan (MOOTW) yang merupakan sebahagian daripada tugas pembinaan negara bangsa itu boleh memberikan perkhidmatan terbaik kepada setiap mangsa.

Katanya, ia termasuk pengumpulan maklumat berkaitan bencana yang mustahak bagi sesuatu kerja penyelamatan dan untuk memastikan perkara itu berjaya dicapai, pihaknya telah terlebih awal memperluaskan 'rangkaian' mereka secara proaktif.

"Sebab itu bila air naik pada waktu malam misalnya, kita sudah tahu lokasi berkenaan kerana sudah pergi ke hotspot yang dikenal pasti dan berhubung dengan penghulu dan penduduk setempat.

"Misalnya dua hari lepas, kita tak berlengah dan responden pertama kumpulan keluar awal lebih kurang pukul 1 pagi sebab dapat maklumat daripada orang awam. Kami antara yang terawal sampai di lokasi dan maklumkan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana serta lakukan kerja penyelarasan selepas itu," katanya.

Ditanya fokus Op MURNI selepas ini memandangkan situasi banjir di lima daerah di negeri ini semakin menunjukkan trend penurunan dengan 3,326 mangsa setakat 12 tengah hari ini, beliau berkata ATM akan terus kekal bersedia sekiranya berlaku gelombang banjir yang seterusnya.

"Kita akan bersedia sebilang masa serta memantau rapat situasi dan keadaan terkini termasuk mengekalkan responden pertama kumpulan kita. Selain itu, anggota kita juga sedang bergerak memantau keadaan dan paras air sungai termasuklah di daerah yang tidak dinaiki air," katanya.  - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad