web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Johor Terima Bantuan Khas Kewangan 2 Bulan Gaji

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 3:48PM

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah) bergambar ketika hadir bagi membentangkan Belanjawan Johor 2024 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Kerajaan Negeri Johor mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 kepada penjawat awam negeri berjumlah dua bulan gaji.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika mengumumkan perkara itu semasa membentangkan Belanjawan Johor 2024 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, hari ini berkata, pemberian bantuan berkenaan turut melibatkan penjawat awam kerajaan Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan negeri.

"Belanjawan Johor 2024 adalah belanjawan lebihan bermaksud prestasi kutipan hasil kerajaan negeri telah mencapai sasaran. Justeru, selain membantu rakyat, kita juga mahu memberi penghargaan kepada penjawat awam.

"Sebagai mengiktiraf jasa mereka berdasarkan pencapaian, sehubungan itu dengan sukacita saya umumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan 2023 sebanyak dua bulan gaji," katanya ketika membentangkan belanjawan itu pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Onn Hafiz berharap pemberian bantuan khas kewangan itu akan menjadi pembakar semangat dan pemangkin motivasi kepada semua penjawat awam di negeri ini.

"Harapan saya adalah agar semua penjawat awam di negeri ini terus bekerja keras dalam memberi perkhidmatan tidak berbelah bahagi dengan cemerlang dan terbaik untuk rakyat Johor," kata beliau.

Terdahulu, Menteri Besar turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Persekutuan atas peruntukan sebanyak RM4.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan Rolling Plan 4 (2024) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 bagi Johor, merangkumi 368 projek sambungan dan 142 projek baharu. 

Antaranya, termasuklah pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) Johor Bahru, projek pelebaran Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) daripada empat kepada enam lorong yang dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam serta pembinaan Kompleks Hospital Pengajar USIM di Kota Tinggi.

Belanjawan Johor 2024 yang dibentangkan Onn Hafiz adalah belanjawan lebihan sebanyak RM4.21 juta yang juga belanjawan lebihan kedua berturut-turut. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Penjawat Awam Kelantan Terima Bantuan Khas RM300

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Melaka Umum Bayaran Khas RM300 Kepada Penjawat Awam Negeri

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Johor Umum Bantuan Khas Kewangan Sebulan Gaji Untuk Penjawat Awam

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjawat Awam Kedah Terima Bantuan Khas RM1,500

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad