web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johor Umum Bantuan Khas Kewangan Sebulan Gaji Untuk Penjawat Awam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Dec 2022 2:19PM

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi (tengah) ketika hadir bagi Pembentangan Belanjawan Johor 2023 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar hari ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Johor hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan berbentuk sebulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kira-kira 13,400 orang penjawat awam dan penjawat awam Persekutuan yang dibayar gaji di negeri ini.

Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pemberian berkenaan adalah sebagai menghargai jasa penjawat awam dalam menjayakan dasar-dasar kerajaan.

Menurut beliau, bantuan khas kewangan berkenaan akan turut diterima penjawat awam agensi kerajaan pusat yang dibayar negeri, guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA), petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) serta guru Tadika Islam Johor (TAJ).

Beliau berkata bantuan tersebut akan dibayar sebanyak dua kali iaitu pada akhir bulan ini dan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun 2023.

“Mereka (penjawat awam) bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang maksimum daripada dasar-dasar kerajaan.

“Mudah-mudahan, sumbangan ini dapat memberi motivasi dalam kalangan penjawat awam untuk terus memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada rakyat,” kata beliau ketika membentangkan Belanjawan Johor 2023 pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini, hari ini.

Onn Hafiz (BN-Machap) berkata kerajaan negeri prihatin dengan kebajikan penjawat awam dalam memastikan mereka dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat, termasuk menyediakan kemudahan pinjaman perumahan yang fleksibel dan tidak membebankan. 

Beliau berkata dalam meneruskan kesinambungan kemudahan pinjaman perumahan kepada penjawat awam Johor, kerajaan negeri telah mengambil langkah proaktif menambah baik struktur pengurusan pinjaman perumahan. 

"Kami akan melaksanakan penyerahan permohonan baharu di bawah Skim Pinjaman Perumahan Kerajaan Negeri Johor kepada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) berkuat kuasa Januari 2023.

"Selain meringankan beban kewangan kerajaan negeri, ia juga akan memberi manfaat kepada lebih ramai peminjam dengan had kelayakan pinjaman yang lebih tinggi dan tempoh maksimum pinjaman sehingga 35 tahun," tambah beliau. 

Selain itu, Onn Hafiz berkata kerajaan negeri akan mengekalkan pinjaman tanpa faedah sebagaimana yang telah dilaksanakan sejak 1 Mac 2014. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 1 minggu yang lalu

PRN Johor: MB Jadi ‘Poster Boy’ BN - Ahmad Zahid

2

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

3

Refleksi 1 tahun yang lalu

Kewangan Hampir 50 Peratus Rakyat Malaysia Semakin Baik, Terutamanya Kaum Wanita

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fitnah TMJ Terbabit Rasuah Cubaan Jahat Jatuhkan Institusi Raja

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad