web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Koordinasi NADMA Bersama Agensi Pasukan Penyelamat Lain Dibuat Secara Teratur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2023 8:10AM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Koordinasi Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama agensi penyelamat lain dalam menghadapi musim bencana sudah dibuat secara teratur dan baik, kata Ketua Pengarah NADMA, Datuk Khairul Shahril Idrus.

Beliau berkata, persediaan awal sudah dibuat sebelum musim Monsun Timur Laut tiba, selain menambah baik prosedur operasi standard (SOP) menyelamat.

“Pelbagai latih amal telah dibuat bersama kesemua agensi penyelamat mengikut Arahan Majlis Keselamatan Negara No 20.

“Kita tidak mempunyai masalah dalam mengkoordinasikan agensi penyelamat lain kerana kami banyak belajar daripada pengalaman-pengalaman lepas (pengalaman bencana alam),” katanya.

Khairul Shahril berkata demikian, ketika menjadi tetamu jemputan dalam Ruang Bicara bertajuk "Banjir: Bantuan Menyelamat, Kerjasama Agensi Penyelamat" anjuran BERNAMA TV di sini, malam tadi.

Menurutnya, koordinasi antara agensi penyelamat lain dapat membantu pegawai-pegawai agensi berkenaan saling bertukar pandangan dan kefahaman SOP berkaitan tugas menyelamat.

“Selain itu, saya ingin menyeru masyarakat setempat agar menjadi pasukan responden pertama yang bertindak, jika berlaku sesuatu bencana alam di kawasan mereka tanpa menunggu ketibaan bantuan penyelamat.

“Ini kerana penduduk setempat lebih mengetahui lokasi di mana berlaku bencana (air banjir naik), tempat untuk berpindah dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, sebanyak 150 bot sudah diluluskan dalam peruntukan sebelum ini untuk diberi kepada komuniti setempat.

Beliau berkata, kemudahan itu adalah untuk komuniti keluar lebih awal jika berlaku banjir dan memudahkan urusan menyelamat dapat dilaksanakan. 

“Kita perlu memperkasa komuniti setempat agar mereka dapat bertindak dalam keadaan kecemasan sebelum bantuan tiba,” katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

YSIJ Hulur 1,000 Bakul Makanan, Baiki Rumah Mangsa Banjir Di Batu Pahat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar