web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Individu Sebarkan Video Pekerja Berantai Salib Perlu Bertanggungjawab - Amin Idris

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 5:31PM

Pekerja ini telah diberhentikan pengurusan restoran apabila rakamannya menyediakan makanan tular di media sosial - gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Individu yang menyebabkan seorang petugas restoran dibuang kerja kerana memakai rantai salib semasa menyediakan makanan perlu bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.

Pendakwah bebas, Amin Idris berkata, tindakan itu diibaratkan seperti fitnah ke atas agama kerana Islam tidak pernah menghalang penganutnya memakan juadah disediakan individu beragama lain.

Menurut beliau, berdakwah dan menegakkan syiar Islam sememangnya amat dituntut, namun ia perlu berlandaskan ilmu yang betul.

“Bang Min ada baca satu berita seorang non Muslim telah dibuang kerja kerana dia memakai salib ketika menyediakan makanan di dalam sebuah restoran halal.

“Pertama sekali kepada orang yang viral tu, nak ada semangat agama tu sangat bagus, tapi kalau hamasah atau semangat agama tanpa berlandaskan ilmu, akibatnya pertama sekali, engkau telah mendatangkan fitnah kepada agama,” katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.

@iamaminidris Nak semangat agama tu ok sangat dah, tapinatas landasan ilmu. Jangan sampai bawa fitnah kepada Islam kerana kejahilan! #tazkirahironman ♬ original sound - Amin Idris

Tegas beliau, individu berkenaan juga telah berlaku zalim kepada pekerja tersebut dan prinsip keadilan amat dititikberat dalam Islam, walaupun ke atas penganut agama lain.

“Di dalam agama Islam sendiri pun antaranya kata Imam Qatadah Rahimahullah, tak salah untuk kita memakan makanan yang disediakan oleh ahli Majusi asalkan ia bukan makanan sembelihan malah kata Qurtubi dalam tafsirnya, tak salah untuk kita memakan makanan yang disediakan oleh pertama sekali mereka yang menyembah selain daripada Allah SWT, kedua ahli Majusi, ketiga mereka yang bukan ahli kitab selagi mana ianya bukan makanan sembelihan.

“Dalam kes ni dia sekadar menyediakan makanan dan makanan tu dah sedia halal, jadi apa salahnya? Malah di dalam Islam, Islam tidak sesekali menghalang non Muslim untuk beramal dengan agama mereka. Itu hak mereka,” katanya, kesal.

Amin Idris - gambar Instagram
Amin Idris - gambar Instagram

Jelas Amin, umat Islam dituntut untuk berdakwah, namun ia perlu disampaikan secara berhemah tanpa menzalimi masyarakat beragama lain.

“Kerja kita adalah dakwah, bukannya menzalimi mereka malah dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, pada waktu sama mereka yang tidak beragama Islam bebas mengamalkan agama mereka selagi mana dia tak ajak kita yang beragama Islam ni keluar dari Islam.

“Di dalam Perlembagaan Madinah ketika Nabi (Muhammad SAW) membentuk negara Madinah, Nabi (SAW) memperuntukkan hak-hak non Muslim termasuk beramal dengan agama mereka,” katanya.

Isu pekerja berantai salib itu kecoh sejak beberapa hari lalu, apabila aksinya yang sedang menyediakan makanan dirakam seorang pelanggan sebelum ditularkan di media sosial.

Ia mengakibatkan restoran terbabit menerima kecaman, kerana didakwa cuba mengaburi mata pelanggan dengan berselindung di sebalik konsep halal.

Susulan penyebaran video, pengurusan restoran dikatakan mengambil langkah drastik dengan memecat pekerja terlibat.

Tindakan itu mengundang perdebatan ramai, khususnya antara netizen Muslim dan komuniti bukan Islam. – Getaran, 21 November 2023

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 12 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad