web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jabatan Imigresen Tumpaskan Sindiket Pemalsuan Pasport Didalangi Warga Bangladesh

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 4:41PM

Anggota Bahagian Perisikan dan Operasi Khas Jabatan Imigresen menunjukkan perbezaan di antara pasport asli dan pasport palsu selepas sidang media hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong, Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, dalam operasi kira-kira jam 6.30 pagi itu, dua warga Bangladesh berusia 26 dan 28 tahun dipercayai orang kanan sindiket ditahan ketika membawa bungkusan mengandungi 105 naskah pasport palsu.

Beliau berkata, susulan itu, seorang lagi suspek berusia 33 tahun dipercayai dalang utama sindiket ditahan di sebuah rumah yang dijadikan lokasi membuat pasport palsu.

“Pemeriksaan di rumah berkenaan membawa kepada penemuan 15 lagi pasport palsu serta peralatan membuat pasport antaranya kulit pasport, komputer riba serta mesin pencetak.  

“Jumlah keseluruhan pasport palsu yang dirampas dalam operasi ini adalah 120 pasport antaranya pasport negara Indonesia, Bangladesh dan Myanmar,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ruslin berkata, sindiket itu dipercayai sudah beroperasi selama setahun dan mereka menyasarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau pasport sebagai pelanggan.

Menurutnya, pasport palsu itu dijual pada harga RM500 hingga RM700 bagi setiap satu dan mereka dipercayai mampu menghasilkan lima hingga 10 pasport palsu setiap hari bergantung kepada permintaan pelanggan.

Katanya, proses penghantaran pasport juga lebih moden apabila dipercayai menggunakan khidmat kurier dan segala transaksi pembayaran dilakukan secara dalam talian.

“Dua orang kanan itu ditahan ketika cuba pos pasport kepada pelanggan. Modus operandi sindiket ini lebih canggih. Kalau dulu penyerahan pasport guna serahan tangan tetapi sekarang berbeza… bayaran juga bukan secara tunai,” katanya sambil menambah, pihaknya akan mengesan akaun bank yang digunakan sindiket berkenaan.

Beliau berkata, pemeriksaan awal mendapati dalang utama dan seorang daripada suspek mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah sehingga 2024 manakala seorang lagi tiada sebarang dokumen.

“Kita percaya masih ada saki baki sindiket ini dan usaha memburu mereka sedang dijalankan,” katanya. 

Beliau berkata, ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan selama 14 hari di Depot Imigresen di sini, untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sindiket Pelacuran Warga Asing Tumpas, 75 Individu Ditahan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

15 Tukang Urut Warga Asing Dicekup Dalam Serbuan Di Cheras

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Antara 4 Lelaki Didakwa Rompak 2 Warga Bangladesh

Sorotan

1

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

2

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

3

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

4

3 Maut Lori Bawa Ayam Rempuh Treler Parkir Di Bahu Jalan

5

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

6

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Lesen Perniagaan Network School Dibatalkan, Operasi Ditamatkan Esok

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad