web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Salur RM80 Juta Kepada MIMOS, Awalkan Program Digital ID - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 4:12PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada lawatan rasmi ke MIMOS Berhad, pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan nasional di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan melantik pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) gunaan nasional MIMOS Berhad sebagai agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) atau Digital ID dengan peruntukan awal sebanyak RM80 juta, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata peruntukan itu akan disalurkan kepada MIMOS pada minggu hadapan oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyegerakan pelaksanaan program berkenaan.

“Saya memutuskan untuk MIMOS menyelenggarakan ID Digital untuk Malaysia. Ada keperluan segera, ada peruntukan untuk maksud tersebut (Digital ID) yang diluluskan KDN.

“Untuk mempercepatkan proses itu, kita segerakan dan minta program pelaksana itu diawalkan. Saya mendapat jaminan bahawa ia dapat disegerakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang dengan syarat kerajaan meluluskan peruntukan,” kata beliau ketika mengadakan lawatan rasmi ke MIMOS Berhad di Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa selain peruntukan awal, beberapa peraturan kelulusan lain yang berkaitan dengan program ID Digital juga akan diselesaikan sebelum akhir bulan ini.

Beliau menjelaskan ID Digital diperlukan bagi membantu kerajaan melaksanakan program subsidi bersasar serta program-program lain yang dirancang untuk rakyat.

Sementara itu, Anwar juga mahu jentera penyelidikan sains dan teknologi negara diperkasakan selari dengan tranformasi digital yang merupakan antara tonggak dalam pendekatan negara MADANI.

“Kalau kita mahu angkat martabat, darjat harakat negara ini, maka kita harus gunakan kekuatan dalaman dulu. Ini tidak bermakna kita tidak menimba pengalaman asing. Kita mahu negara ini maju dan tidak ketinggalan tetapi bukan dengan menciplak atau menyerah kepada tekonologi asing, malah maju dengan kekuatan atau kepakaran dalaman.

“Negara ini tidak boleh bergerak dalam tahap selamba yang lama, kita ada kejutan. Ini memerlukan kepakaran dari semua yang mampu, tunjuk keupayaan, keterampilan mereka dalam bidang ini dan menggerakkan satu kesedaran baharu,” kata beliau.

Sementara itu, Anwar berkata terdapat kekurangan dari segi kemahiran tertinggi dalam kalangan jurutera di negara ini berdasarkan maklum balas daripada Infineon Technologies AG dan syarikat automatif China, Geely yang melabur di Malaysia.

“Walaupun mereka (Infineon) bangga dengan tahap profesional jurutera dan teknologi kita tetapi mereka menganggap ada kekurangan dari segi kemahiran peringkat tertinggi yang diperlukan tetapi tidak mampu dikendalikan oleh anak-anak tempatan,” kata beliau.

Justeru, beliau meminta MIMOS menyediakan latihan dan kurikulum yang dikendali secara langsung oleh agensi tersebut atau kerjasama dengan universiti serta pusat penyelidikan lain.

Beliau juga berharap MIMOS dan universiti tempatan dapat mengenal pasti bidang yang perlu diberi latihan agar dapat mempersiapkan tenaga yang cukup terlatih untuk memperbaiki kekurangan sekali gus melonjakkan latihan termasuk dalam bidang digital serta teknologi kecerdasan buatan (AI). - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad