web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas Ketua Hakim Pengerusikan Jawatankuasa Khas Gubal Undang-undang Syariah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 2:59PM

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas ketua hakim negara dipilih untuk mempengerusikan jawatankuasa khas bagi mengkaji isu-isu melibatkan bidang kuasa persekutuan dan negeri, khususnya berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan penggubalan undang-undang syariah, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata antara yang akan menganggotai jawatankuasa itu ialah bekas hakim, wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Kehakiman Syariah Negara, wakil daripada majlis agama Islam negeri, ahli akademik yang pakar undang-undang sivil, syariah dan Perlembagaan Persekutuan serta peguam syarie dan sivil.

Bagaimanapun beliau tidak menamakan semua individu yang dilantik itu.

“Jawatankuasa khas itu dijangka bersidang untuk kali pertama pada 4 Dis ini bagi menetapkan hala tuju dalam pelaksanaan kajian dan penyelidikan seterusnya mengesyorkan cadangan penyelesaian kepada masalah perundangan Islam di Malaysia.

“Ini merupakan satu usaha dan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan isu konflik bidang kuasa antara Persekutuan dengan negeri dan antara mahkamah sivil dengan mahkamah Syariah, demi memartabatkan dan memperkasa perundangan syariah dan sistem kehakiman Syariah di negara ini,” katanya pada sesi soal jawab.

Mohd Na'im berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena) berhubung perkembangan cadangan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) tentang penubuhan jawatankuasa khas untuk melaksanakan kajian terhadap kompetensi Dewan Undangan Negeri dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan telah bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa khas yang diperakui oleh Majlis Raja-Raja dalam usaha untuk mengangkat martabat Mahkamah Syariah selaras dengan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa mempengerusikan mesyuarat MKI, pada 28 Ogos lepas.

Anwar berkata jawatankuasa khas itu akan melakukan penelitian termasuk berbincang dengan mufti dan semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pandangan supaya ada peraturan yang boleh dilaksanakan dalam meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad