web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI: Pelbagai Perkhidmatan, Barangan Ditawarkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 1:18PM

Pengarah Eksekutif Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Ahmad Jefry Aziz @ Adan bercakap pada program Selamat Pagi Malaysia pagi tadi. - gambar RTM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan dan tawaran barangan disediakan kementerian, agensi kerajaan dan syarikat swasta pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang akan berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 hingga 10 Dis ini.

Pengarah Eksekutif Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Ahmad Jefry Aziz @ Adan berkata antara perkhidmatan bertujuan menangani kemiskinan rakyat bakal disediakan pada program tiga hari itu ialah penawaran rumah mampu milik, pendaftaran bantuan eKasih dan Jualan Mega Madani.

“Jualan Mega Madani menawarkan diskaun hingga 70 peratus bagi pelbagai barangan keperluan harian melalui Jualan Rahmah, Jualan Agro Madani dan Jualan Koperasi Madani.

"Sebanyak 183 Usahawan Madani juga akan menyediakan perkhidmatan dan barangan berasaskan pertanian, kraf tangan, kesihatan dan hospitaliti," katanya ketika menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan menerusi TV1 hari ini.

Beliau berkata orang ramai juga boleh mendapatkan peluang pekerjaan disediakan 70 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta dengan menyertai karnival kerjaya yang dianjurkan Khazanah Nasional Bhd dengan kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam pada program itu nanti.

Ahmad Jefry berkata pelbagai saringan kesihatan turut disediakan secara percuma antaranya saringan kesihatan mata, kanser, sistem produktiviti dan mamogram.

Beliau berkata kesemua perkhidmatan dan penawaran itu ialah sebahagian daripada fokus komponen penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selain Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

“Saya menjemput semua untuk hadir melihat sendiri pencapaian dan program yang telah dilaksanakan kerajaan sepanjang tahun ini.

“Ini juga peluang terbaik kepada rakyat untuk bersama-sama kementerian dan agensi dalam mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Jefry berkata beberapa menteri dijadual menyampaikan advokasi mengenai inisiatif kementerian masing-masing antaranya Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli serta Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

Kemuncak pogram itu ialah majlis penutup yang akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Dis. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad