web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bangkit Isu Palestin Tidak Bermakna Masalah Negara Tidak Diendahkan – PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 1:13PM

Perdana Mneteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di San Francisco baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa kehadirannya ke persidangan-persidangan antarabangsa, yang menyaksikan beliau membangkitkan dengan lantang isu berkaitan Palestin, tidak bermakna masalah dalam negara terutama dalam kalangan minoriti tidak diendahkan.

Selain memenuhi undangan pemimpin antarabangsa, Anwar melihat persidangan berkenaan merupakan satu kesempatan untuk beliau membangkitkan isu berkenaan, yang bersifat kemanusiaan dan bukannya hanya bersifat agama semata-mata.

“Tidak ada minoriti kita yang dibunuh beramai-ramai, tidak ada kemusnahan gereja dan kuil-kuil, jadi sementara ada pihak kurang setuju dengan langkah kita menyokong Palestin, saya tidak fikir wajar, munasabah dan waras untuk dibangkitkan soal kebencian ini.

“...ini bukan sahaja isu agama Islam, kerana penduduk Kristian juga terlibat, walaupun kebanyakan masjid dirobohkan, tujuh gereja turut dimusnahkan sama sekali di Gaza, (jadi) saya tegaskan keperluan kita melihat isu ini,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri hari ini.

Anwar berkata demikian ketika menjawab soalan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) yang mahu tahu hasil mesyuarat Persidangan Kemuncak Tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Arab Saudi mengenai jenayah dan pembasmian kaum (genocide), yang dilakukan oleh Israel terhadap rakyat Palestin.

Dalam sidang kemuncak tergempar yang dihoskan oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman itu, Anwar turut menggesa negara anggota OIC untuk mendesak pelaksanaan gencatan senjata serta-merta, manakala bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza disegerakan.

Pada masa yang sama, Anwar berkata beliau turut membangkitkan isu Palestin pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dan mahukan pembunuhan dan kekejaman di Gaza dihentikan segera.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pada persidangan APEC yang dihadirinya atas undangan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden itu, beliau sekali lagi menyuarakan pendirian Malaysia yang tidak mahu mana-mana pihak atau kuasa dunia untuk menentukan pendirian negara dalam isu terbabit.

“Jangan lagi orang barat anggap ini sebagai hegemoni kolonial, menentukan dasar dan bentuk tindakan kita, mereka tidak boleh paksa kita tentukan pendirian kita.

“Di situlah saya nyatakan agak tegas dan saya kata mesti sekurang-kurangnya mula menghentikan serangan sekarang, kerana saya sebut satu hari tambahan (perang) bermakna masih ada anak-anak, wanita dan orang awam dijadikan mangsa korban,” katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 13 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar