web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Selangor Senarai Hitam Pemaju Tidak Patuh Syarat Sedia Kuota Bumiputera 

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 5:23PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan menyenaraihitamkan pemaju yang tidak mematuhi syarat menyediakan kuota Bumiputera, kata Exco Perumahan dan Warisan negeri, Borhan Aman Shah.

Beliau berkata, pihaknya masih mengekalkan mekanisme sedia ada dalam menentukan peratusan kuota Bumiputera berdasarkan Pelan Tindakan Perumahan Negeri Selangor bagi sesuatu projek pembangunan.

“Sekiranya pemaju tidak mematuhi syarat kuota Bumiputera atau pemaju telah terlebih jual unit bukan Bumiputera, maka proses kebenaran pindah milik secara menyeluruh atau 'blanket consent' tidak dapat diteruskan.

“Pemaju akan disenarai hitam daripada membuat sebarang permohonan pelepasan kuota Bumiputera di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) dan dikenakan denda yang lebih berat,” katanya ketika menjawab pertanyaan Michelle Ng (PH-Subang Jaya) berhubung penjualan lot Bumiputera kepada bukan Bumiputera dalam sidang Dewan Negeri Selangor di sini, hari ini.

Borhan berkata, peraturan itu dikenakan semasa kelulusan tukar syarat kegunaan dan pemberi milikan tanah yang akan diluluskan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) serta dikeluarkan Pejabat Tanah dan Galian Selangor (PTGS).

“Pihak pemaju perlu memastikan syarat kuota Bumiputera terbabit dipatuhi semasa proses penjualan hartanah. PTGS akan membuat pemantauan semasa peringkat permohonan kelulusan 'blanket consent' atau 'blanket approval' oleh pihak pemaju," katanya.

Sementara itu, Borhan berkata, jika pembeli sudah membeli unit Bumiputera disebabkan ketidakpatuhan pemaju ketika proses penjualan, terutama bagi pemaju yang telah digulungkan atau bankrap, pembeli dibenarkan membuat permohonan rayuan pengecualian atau pengurangan bayaran tujuh peratus atau 10 peratus pemulangan potongan harga Bumiputera.

"Selain itu, lima peratus caj pelanggaran mekanisme penyelenggaraan kuota Bumiputera dengan syarat pihak pemaju membuat permohonan pelepasan kuota Bumiputera di LPHS dan rayuan itu perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Keputusan Pelepasan Kuota Bumiputera Negeri Selangor untuk pertimbangan," katanya.

Kerajaan negeri dan LPHS katanya, bersedia membantu sebarang permohonan rayuan ke mesyuarat jawatankuasa tersebut untuk dibincangkan berdasarkan tatacara ditetapkan, seterusnya diangkat ke MMKN jika memerlukan kelulusan pihak berkuasa negeri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

2

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penempatan Haram Rohingya Diroboh, Desakan Rakyat Diberi Perhatian

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Hampir 39,000 Rakyat Hilang Pekerjaan Jan-Mei 2026, Lelaki Paling Terkesan

oleh Sophia Ahmad