web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuala Nerus Daerah Pertama Di Terengganu Dilanda Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Nov 2023 1:05PM

Beberapa penduduk Taman Murni Permai, Tok Jembal, Kuala Nerus di Terengganu meredah banjir dengan membawa barangan keperluan untuk ke tempat yang lebih selamat selepas kawasan berkenaan dinaiki air hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kuala Nerus menjadi daerah pertama di Terengganu yang dilanda banjir pada musim Monsun Timur Laut kali ini apabila satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Dewan Serbaguna Tok Jembal pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan setakat ini 124 orang daripada 54 keluarga dipindahkan ke PPS berkenaan seawal 4 pagi.

Kenyataan itu turut memaklum jumlah mangsa dijangka terus meningkat dan lebih banyak PPS akan dibuka memandangkan hujan masih berterusan dan proses pemindahan mangsa sedang dijalankan.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (Sektor Pengurusan Sekolah), Azman Othman berkata tiga sekolah di Kuala Terengganu terjejas banjir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, SK Losong dan SK Tok Dir.

Beliau berkata kawasan sekolah berkenaan telah dinaiki air dan pihak pengurusan membuat keputusan untuk tidak membenarkan murid hadir ke sekolah atas sebab keselamatan.

Bagaimanapun semua guru dan murid diarahkan untuk mengikuti proses pembelajaran seperti biasa melalui mod Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

"Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu sedang memantau perkembangan terkini di sekolah-sekolah lain kerana hujan masih berterusan.

"Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke masa," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu berdasarkan laman web Public Infobanjir Jabatan Pengairan dan Saliran, Parit Utama di Padang Kemunting di Kuala Nerus merekodkan paras 3.73 meter melepasi paras amaran 3.6 meter. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad