web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


IPD Baharu Akan Dibina Di Kapit - Saifuddin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2023 8:06PM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyampaikan MyKad kepada seorang kanak-kanak di Rumah Garing, Nanga Miaw Song semasa melakukan lawatan kerja ke daerah Kapit dan Song bagi Perlaksanaan Pasukan Petugas Khas (PPK) Menangani Isu Penduduk Sarawak Tanpa Kad Pengenalan Diri. – gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KAPIT - Kapit bakal mempunyai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  baharu yang akan dibina dengan peruntukan sebanyak RM150 juta, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Ia akan dibina di sebuah lokasi yang baharu yang akan dikenal pasti kelak.

"Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi akan membantu memudahkan proses mencari tapak yang baharu dengan kerjasama kerajaan negeri dan Pesuruhjaya Tanah Persekutuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Rumah Garing, Nanga Miaw, Song selepas melakukan lawatan kerja ke Daerah Kapit dan Song bagi Pelaksanaan Pasukan Petugas Khas (PPK) Menangani Isu Penduduk Sarawak Tanpa Kad Pengenalan Diri hari ini.

Menurut Saifuddin, projek itu disasar untuk dilaksanakan pertengahan tahun hadapan selepas proses mengenal pasti dan pengambilan tanah selesai.

Saifuddin berkata IPD Kapit diklasifikasikan sebagai Kategori C dan diketuai Ketua Polis Daerah (KPD) berpangkat Timbalan Superintenden dan kementeriannya mengambil maklum permohonan agar IPD Kapit dinaik taraf kepada Kategori B yang akan diketuai oleh Ketua Polis Daerah berpangkat Superintenden.

Katanya pembinaan IPD baharu itu sesuai dengan pertambahan penduduk Kapit dan sebanyak RM318,000 akan diperuntukkan bagi kerja-kerja baik pulih di IPD Song.

Sementara itu beliau berkata operasi PPK telah menerima 2,381 permohonan pelbagai kategori sehingga 15 Nov lepas dengan sebanyak 984 permohonan adalah bagi kategori tiada dokumen pengenalan diri dan 837 permohonan di bawah kategori penentuan taraf bagi pemegang sijil lahir Sarawak.

"Sebanyak 23 permohonan lagi berhubung penentuan taraf bagi sijil lahir luar Sarawak, 205 pemegang kad pengenalan sementara (MyKas) dan 28 permohonan pemegang kad pengenalan penduduk tetap (MyPR). Baki 304 permohonan direkodkan sebagai pemegang pasport luar negara dan lain-lain kategori," katanya.

Bagi Zon Kapit yang meliputi Daerah Kapit, Belaga, Song dan Bukit Mabong seramai 2,129 permohon dikenal pasti mempunyai isu penduduk tanpa pengenalan diri.

Saifuddin menyifatkan operasi PPK itu merupakan satu model kerjasama yang terbaik di antara kerajaan negeri dan pusat yang memberikan manfaat kepada rakyat. - BERNAMA

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad