Sikap sesetengah individu yang ambil mudah dengan kemudahan orang kurang upaya (OKU) sering menyebabkan ketidakselesaan golongan itu.
Semalam tular satu video seorang pemuda berdepan kesukaran untuk meletakkan kenderaannya di petak OKU bagi menurunkan bapanya yang perlu ke pusat fisioterapi di satu kawasan komersial, selepas seorang penunggang p-hailling meletakkan motosikalnya di hadapan keretanya.
Ketika kejadian, pemandu berkenaan sedang menunggu seorang lagi pemandu keluar dari petak itu.
Walaupun pemandu berkenaan memanggil penunggang berkenaan untuk mengalihkan motosikalnya, namun dia sekadar menjenguk untuk memastikan motosikalnya tidak menghalang kereta yang akan keluar sebelum berlalu. – Getaran, 18 November 2023
@getaranmy Dahla tengah hujan, kesian owner video nak kena hadap perangai abang rider yang tak bertimbang rasa tu ? Hormatilah parking OKU ya semua. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #dashcam ♬ original sound - Getaran

