web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hospital UCSI Berpotensi Ubah Landskap Penjagaan Kesihatan Di Negeri Sembilan - Tuanku Muhriz

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 9:47PM

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan meletakkan tangan pada glob ketika simbolik perasmian Hospital UCSI, hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, Hospital UCSI berpotensi mengubah landskap penjagaan kesihatan di Negeri Sembilan menerusi penyediaan penjagaan kesihatan bertaraf tinggi.

Baginda bertitah, dengan kepakaran dan doktor yang mencukupi, penduduk di negeri ini khususnya di sekitar daerah Port Dickson mempunyai banyak pilihan bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan rawatan perubatan.

"Hospital UCSI adalah sebahagian daripada projek UCSI Health Metropolis, iaitu sebuah projek mega yang dirancang menjadikan Bandar Springhill sebagai hab pelancongan kesihatan dan pendidikan. 

"Projek ini dilengkapi pelbagai kemudahan penginapan, pusat konvensyen, kompleks beli-belah, kemudahan sukan, makmal penyelidikan dan lain-lain. Pelaburan di Bandar Springhill dapat menjadikan UCSI sebagai satu daripada pelabur terbesar di negeri ini," titah baginda pada majlis perasmian Hospital UCSI di sini, hari ini.

Turut berangkat, Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan anakanda baginda berdua, Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz merangkap Penasihat Kumpulan UCSI dan Pro-Canselor Universiti UCSI.

Turut hadir, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dan Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI, Tan Sri Noor Hisham Abdullah.

Dalam pada itu, Dr Zaliha dalam ucapannya berkata, kerjasama Kementerian Kesihatan (KKM) bersama hospital swasta seperti Hospital UCSI dapat melahirkan sinergi yang mampu menjayakan beberapa fokus termaktub dalam Kertas Putih Kesihatan.

Beliau berkata, tekad mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan, sinergi antara KKM dan hospital swasta mampu mengutamakan penyampaian penjagaan kesihatan primer dan mengoptimumkan perkhidmatan penjagaan hospital. 

"Usaha mempergiat kerjasama awam-swasta yang efektif dapat mengurangkan tekanan dan kesesakan di hospital kerajaan, sekali gus memastikan kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan. Hasil sinergi ini juga mempunyai potensi untuk mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit dalam kalangan masyarakat," katanya.

Dr Zaliha berkata, kerjasama berterusan dapat mengukuhkan fungsi kesihatan awam dan penyelarasan intersektoral kesihatan serta memberi insentif kepada amalan dan tingkah laku prokesihatan dari segenap lapisan masyarakat.

Menurut Dr Zaliha, kerjasama KKM dan Hospital UCSI juga bakal membuka peluang baharu dalam industri perkhidmatan kesihatan. 

"Saya difahamkan Hospital UCSI ini menyediakan rawatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dalam kepakaran perubatan seperti anestesiologi dan penjagaan kritikal, perubatan kecemasan, pembedahan am dan kolorektal, perubatan dalaman, obstetrik dan ginekologi, ortopedik, trauma, pediatrik, radiologi dan lebih banyak perkhidmatan dan kepakaran," katanya.

Dr Noor Hisham pula berkata, Hospital UCSI turut bermatlamat memupuk perkongsian awam-swasta yang teguh, bukan sahaja meningkatkan kualiti perkhidmatan penjagaan kesihatan termasuk menangani keperluan unik komuniti, terutamanya segmen B40. 

"Hospital kami (Hospital UCSI) bersedia memainkan peranan penting dalam mengurangkan kesesakan institusi awam dengan menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang komprehensif dan boleh diakses kepada penduduk. 

"Melalui kerjasama strategik, kami menyasarkan untuk merapatkan jurang perbezaan penjagaan kesihatan dan memastikan penduduk B40 menerima penjagaan yang sepatutnya," kata Dr Noor Hisham.

Hospital UCSI dilancarkan pada Mac 2021 sebagai fasiliti berkapasiti 130 katil yang pada akhirnya akan dimaksimumkan kepada 1,000 katil. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Gurauan ‘Tok Undang’: Pegawai MB Negeri Sembilan Tampil Mohon Maaf

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 10 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar