web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nelayan Nekad Terjun Sungai Selamatkan Wanita Terperangkap Dalam Kereta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2023 9:43PM

Kereta milik mangsa yang terbabas ke dalam Sungai Beriah di Alor Pongsu dekat Bagan Serai. gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang lelaki nekad terjun ke dalam Sungai Beriah di Alor Pongsu dekat Bagan Serai untuk menyelamatkan seorang wanita yang terperangkap dalam keretanya selepas kenderaannya terbabas ke dalam sungai tersebut.

Mohd Sabri Awang, 56, dari Kampung Matang Tengah, Changkat Lobak berkata, kejadian berlaku kira-kira 6.40 petang semalam semasa beliau dalam perjalanan ke rumah ibunya di sekitar kawasan berhampiran.

Menceritakan lebih lanjut, Mohd Sabri berkata, beliau dimaklumkan terdapat mangsa terperangkap di dalam sebuah kereta yang terbabas ke dalam sungai.

"Saya bersama seorang lagi rakan lelaki secara kebetulan berada di situ bertindak terjun untuk menyelamatkan mangsa yang masih berada dalam kereta itu.

"Kira-kira 10 minit, pintu bahagian penumpang hadapan berjaya dibuka kerana tidak berkunci dan wanita itu dapat dikeluarkan dari keretanya,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya ketika diselamatkan, wanita itu tidak tenggelam lagi kerana tindakan pantas orang awam yang menyedari kejadian itu.

Mohd Sabri yang bekerja sebagai nelayan darat berkata, mangsa dibawa pulang ke rumahnya terlebih dahulu bagi menenangkan wanita itu yang berada dalam keadaan trauma akibat kejadian tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, mangsa yang berusia 37 dalam perjalanan pulang ke kampung halamannya di Gerik.

"Mangsa yang berjaya diselamatkan tidak mengalami sebarang kecederaan, namun berada dalam keadaan trauma. Sejurus sahaja mangsa berjaya dikeluarkan kereta mangsa terus tenggelam ke dasar sungai tersebut," katanya dalam kenyataan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kereta Terbabas, Rempuh Pagar Istana Besar

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Alahai, Macam Mana Boleh Terbabas Ni

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Macam Mana Boleh Jadi Ni

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Apa Dah Jadi, Kereta Masuk Parit  

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad