web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DVS Rampas Karkas Babi Lebih 190 Tan Metrik Bernilai RM4.3 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2023 8:32PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) merampas karkas babi yang diimport dan Brazil dan Rusia, serta karkas babi yang tidak berlabel lebih 190 tan metrik dengan nilai keseluruhan RM4.3 juta.

DVS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan, operasi penguatkuasaan yang dijalankan dalam dua peringkat iaitu pada bulan Mei hingga Jun dan November 2023 itu telah merampas karkas berkenaan di tujuh lokasi di Selangor dan empat di Johor.

"Keseluruhannya DVS merampas karkas babi 199.605 tan metrik, lima buah kontena, satu unit mesin pengikat tali untuk kotak dan 59 gelung tali pengikat," menurut kenyataan itu.

Kenyataan DVS itu memaklumkan kesemua karkas babi yang dirampas telah dilupuskan setelah mendapat perintah mahkamah mengikut Subseksyen 68 (3) Akta Binatang 1953.

Menurut kenyataan itu lagi, sembilan kes disiasat di bawah Subseksyen 5(1)(b) Akta Binatang 1953, berkaitan karkas babi dari negara Brazil dan Russia yang tidak disenaraikan sebagai negara yang dibenarkan import.

"Dua kes Subkaedah 5 (3), Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009, Akta Binatang 1953 kerana memiliki karkas babi yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan atau dilesenkan, berdasarkan tiada apa-apa tanda lagenda pada karkas," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan DVS sentiasa mengambil perhatian serius berkaitan perkara tersebut, kerana ia memberi kesan dalam aspek kawalan penyakit berpunca daripada ternakan, terutama penyakit African Swine Fever yang boleh menjejaskan industri penternakan babi.

"Tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, penyimpan dan penjualan karkas babi bagi memastikan pengimportan karkas babi adalah dari negara yang dibenarkan di bawah Subseksyen 5(1)(b), Akta Binatang 1953," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, kenyataan itu turut memaklumkan DVS akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan berkaitan perkara ini dan turut menjalin hubungan kerjasama dengan agensi lain iaitu Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Pihak Berkuasa Tempatan.

"Tindakan bersepadu akan melibatkan pemeriksaan premis penyimpanan produk sejuk beku pemprosesan makanan berasaskan babi, penjualan karkas babi dan restoran," menurut kenyataan itu lagi. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad