web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JBPM Sedia Gerakkan 600 Pegawai Bomba Bantuan Siswa Hadapi MTL

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2023 7:12PM

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad (tengah) bergambar bersama Pegawai Bomba Bantuan Siswa (PBBS) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selepas Majlis Pentauliahan PBBS UTHM di Dewan Sultan Ibrahim UTHM. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bersedia menggerakkan kira-kira 600 Pegawal Bomba Bantuan Siswa (PBBS) bagi menyertai 24,000 pegawai dan anggota jabatan berkenaan dalam operasi ketika musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pegawai PBBS berkenaan akan ditugaskan bagi menghadapi situasi menyelamat ketika bencana banjir atau ribut mengikut lokasi balai bomba yang berhampiran kediaman masing-masing.

Beliau berkata kesemua pegawai PBBS itu merupakan pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM).

"Bagaimanapun, pegawai PBBS ini perlu mendaftarkan diri di balai bomba berhampiran terlebih dahulu bagi membolehkan mereka menyertai anggota bomba yang bertugas pada musim monsun kali ini.

"Kita amat menggalakkan penyertaan mereka, selain dapat mempraktikkan ilmu kebombaan yang ada ia juga dapat mengisi penggiliran serta menambah bilangan anggota yang bertugas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan PBBS UTHM di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan 46 pegawai PBBS UTHM menerima sijil pentauliahan masing-masing.

Nor Hisham berkata 24,000 anggota yang ditugaskan ketika musim MTL kali ini terdiri daripada 14,500 pegawai dan anggota tetap, 2,000 anggota bomba bantuan dan hampir 8,000 anggota bomba sukarela, dengan 1,150 aset diletakkan dalam keadaan siap siaga.

Dalam pada itu, menurutnya bagi menambah lagi bilangan pegawai PBBS pada masa akan datang pihaknya menyasarkan enam universiti menyertai program Kor Siswa Bomba menjelang 2025.

"UTHM merupakan universiti yang paling ramai melahirkan pegawai PBBS dan hingga hari ini seramai 268 berjaya menerima sijil tauliah, manakala bakinya daripada USIM dan UiTM.

"Selain bertugas di balai bomba berhampiran, pegawai PBBS ini juga berpeluang bekerja di premis swasta melalui program Pengurus Keselamatan Kebakaran dan mengikut rekod sebanyak 8,000 premis didaftarkan dengan bomba," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad