web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Sahkan Terima 2 Laporan Terhadap Siti Mastura

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2023 5:45PM

Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEPALA BATAS - Polis mengesahkan menerima dua laporan terhadap Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad berhubung dakwaannya yang mengatakan Pengerusi DAP Lim Guan Eng mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie ketika dihubungi Bernama berkata laporan itu termasuk yang dibuat sekumpulan individu daripada Kelab DAP Veteran Kebangsaan pada Sabtu lepas.

"Ya. Saya sahkan dua laporan diterima Ibu Pejabat Polis Daerah SPU setakat ini.

"Bagaimanapun, rakaman keterangan akan dibuat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok," katanya

Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam kenyataan memaklumkan janji temu untuk proses merakam keterangan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu dijadualkan semula pada 11 pagi esok di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Razarudin berkata setakat hari ini enam laporan polis sudah diterima berkait kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Dalam rakaman video berdurasi 46 minit 51 saat, Siti Mastura pada majlis ceramah politik di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini, didakwa mengaitkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang yang juga bapa Guan Eng sebagai sepupu Chin Peng.

Jumaat lepas, Guan Eng memaklumkan beliau melalui peguamnya sudah memulakan tindakan undang-undang terhadap Siti Mastura selepas tempoh 48 jam yang diberikan kepada pemimpin wanita PAS itu membuktikan dakwaannya tamat sehari sebelumnya. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad