web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Motosikal Disita, 57 Saman Dikeluarkan Dalam Op Samseng Jalanan Di Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2023 5:27PM

Antara mat rempit yang ditahan. - gambar FB Polis Daerah Barat Daya

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALIK PULAU - Polis menyita lima buah motosikal dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan pada Sabtu hingga awal pagi hari ini, di beberapa lokasi sekitar daerah Barat Daya di sini.

Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan kesemua motosikal itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Operasi itu dijalankan bermula 10 malam Sabtu diteruskan hingga 5 pagi hari ini di beberapa lokasi tumpuan mat rempit antaranya Bayan Lepas, Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dan Bayan Baru.

"Secara keseluruhannya 57 keping saman dikeluarkan kerana pelbagai kesalahan lalu lintas. Operasi itu juga dijalankan bagi memastikan motosikal mereka mengikut spesifikasi ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Selain membendung samseng jalanan melibatkan mat rempit, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan turut tertumpu di lokasi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang dalam kenyataan memaklumkan sebanyak 307 saman dikeluarkan dalam operasi khas Kenderaan Perkhidmatan Barangan (KPB) serta Kenderaan Perkhidmatan Awam (KPA) di sekitar negeri itu.

Operasi yang dijalankan dua hari berturut-turut pada Jumaat dan Sabtu bermula 9 pagi hingga 12 tengah malam itu bertujuan memantau, mengesan dan mengambil tindakan terhadap pemandu serta pengusaha kenderaan komersial yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya.

"Saman dikeluarkan membabitkan kesalahan antaranya tiada lesen memandu, tiada Lesen Memandu Kenderaan Barangan (GDL), Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans, membawa lebih muatan, muatan bahaya, bawa kayu penyendal secara tidak selamat dan tiada pemandu kedua bagi bas ekspres pemanduan melebihi 300 kilometer (km)," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad