web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Harap Nurul Ain Kongsi Situasi Di Gaza Sebaik Pulang Ke Tanah Air

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2023 4:29PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika panggilan video dengan Nurul Ain Haron dan suaminya, rakyat Palestin, Mohamed A.M Shaat. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Nurul Ain Haron warganegara Malaysia yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M Shaat, untuk menjelaskan situasi di Palestin kepada rakyat di negara ini sebaik pulang ke tanah air.

Dalam panggilan video bersama Nurul Ain dan suaminya, Anwar yang ketika ini berada di Makkah melahirkan rasa syukur selepas Nurul Ain dan suaminya selamat dibawa keluar dari kawasan konflik itu melalui Lintasan Sempadan Rafah semalam.

"Insya-Allah kita akan terus membantu. Semalam saya pun tunggu (perkembangan) di Makkah ni kita semua berdoa.

"Nanti dah sampai ke Malaysia rehat sekejap, kemudian terus bertugas untuk jelaskan (apa yang berlaku di Gaza kepada rakyat Malaysia). Kita doakan selamat berlepas ke Kuala Lumpur," kata Anwar menerusi panggilan video yang berlangsung kira-kira lima minit.

Perbualan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nurul Ain Haron serta Mohamed A.M Shaat, turut disertai isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - gambar Pejabat Perdana Menteri
Perbualan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Nurul Ain Haron serta Mohamed A.M Shaat, turut disertai isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. - gambar Pejabat Perdana Menteri

Nurul Ain dan suaminya dijangka berlepas ke Malaysia malam ini.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini memaklumkan Nurul Ain dan Mohamed selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada Ahad (12 Nov) pukul 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).

Anwar berkata usaha membawa keluar Nurul Ain dan suaminya merupakan hasil daripada pertemuannya dengan Presiden Mesir Abdel Fattah al-Sisi, semasa lawatan kerja beliau ke Mesir pada 23 Okt lepas.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Abdel Fattah yang mempermudahkan urusan membawa keluar rakyat Malaysia itu bersama suaminya.

"Tidak mudah tapi kita cuba sedaya upaya. Kita lakukan yang terbaik bercakap dengan (Presiden Turkiye Recep Tayyip) Erdogan, Abdel Fattah, Presiden Iran Ebrahim Raisi dan (Putera Mahkota Arab Saudi) Putera Mohammed Salman.

"Saya sedang lakukan yang terbaik bagi mendapatkan sokongan kuat bagi menghentikan pembunuhan, kekejaman oleh Israel. Semua ini sesuatu yang melampaui batas pemikiran manusia," kata Anwar.

Sementara itu. Nurul Ain berterima kasih kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia kerana berusaha membawa beliau dan suami untuk keluar dari Gaza.

Menurut Nurul Ain pada awalnya beliau dan suami yang merupakan warga Palestin mahu terus tinggal di Gaza, namun akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan kawasan bergolak itu disebabkan keadaan yang semakin meruncing.

"Alhamdulillah terima kasih kerana doa dan sokongan semua. Setakat ini, keluarga semua berada dalam keadaan baik," katanya.

Nurul Ain juga berkongsi disebabkan suaminya merupakan pemegang pasport Palestin perjalanan mereka berdua untuk keluar dari Gaza melalui Lintasan Sempadan Rafah bukanlah mudah dan terpaksa menunggu untuk tempoh yang lama.

Nurul Ain, 37, dilaporkan ke Gaza mengikuti suaminya, Mohamed, 33, pada 1 Okt lepas, selepas enam tahun berkahwin. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad