web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Lelaki Pemandu Kereta Dalam Kemalangan Maut Dibebas Dengan Jaminan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2023 4:06PM

Tangkap layar kenderaan yang terbabit dalam kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi semalam. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Remaja lelaki yang juga pemandu kereta dalam kemalangan membabitkan dua mangsa maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, di sini, awal pagi semalam dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata remaja yang masih bersekolah dan tiada lesen memandu itu dibebaskan selepas reman sehari terhadapnya tamat.

"Pihak polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan sehingga penunggang motosikal dan pemboncengnya meninggal dunia dalam kejadian tersebut.

"Kami juga telah mengeluarkan saman terhadap ibu remaja itu kerana cuai dengan membenarkan anaknya menggunakan kenderaannya tanpa lesen," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu, seorang penunggang lelaki dan pemboncengnya seorang wanita, kedua-duanya berusia 20-an, maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja terbabit yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori.

Remaja itu cedera ringan manakala pemandu lori tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mengulas lanjut, Tan berkata polis telah menghantar sampel darah pemuda itu untuk ujian alkohol dan dadah, selain mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Reman Lelaki Serang Rumah MP Beruas Disambung Sehari Lagi

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad