web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Nyawa Melayang Dirempuh Pemandu Bawah Umur

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 9:34PM

Tan Cheng San - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUKIT MERTAJAM - Dua maut selepas motosikal yang ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja berusia 16 tahun yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang arah Perai, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata kejadian kira-kira 2.30 pagi itu mengakibatkan penunggang lelaki dan pembonceng rakan wanitanya, kedua-duanya berusia 20-an, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

"Mereka dipercayai baru pulang makan di kedai kawasan Seagate di Bayan Lepas dan mahu balik ke rumah masing-masing di sini, manakala pemandu remaja itu mengalami kecederaan ringan sementara pemandu lori iaitu seorang lelaki tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata berdasarkan siasatan awal kemalangan itu berlaku apabila kereta dipandu remaja itu melanggar bahagian lori tersebut lalu hilang kawalan dan menghentam motosikal dinaiki mangsa.

Beliau berkata akibat perlanggaran itu kedua-dua mangsa tercampak dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Menurut Tan pemandu remaja itu yang masih bersekolah memandu kereta ibunya dan dalam perjalanan pulang ke rumah di Bukit Mertajam selepas berjumpa rakan di pulau.

Remaja itu katanya kini ditahan reman sehari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan atau mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu agar menghubungi pegawai penyiasat Insp Muhammad Sufi Abd Razak di talian 013-4774542 atau 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar