web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM725.7 Juta Diperuntukkan Laksana Projek Rancangan Tebatan Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 3:55PM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Kerajaan memperuntukkan RM725.7 juta bagi pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk menyelesaikan masalah bencana itu di kawasan Dengkil sehingga Labohan Dagang dekat sini, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Beliau berkata, projek berkenaan yang juga projek jangka panjang di bawah Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi (TBBT), akan dilaksanakan di Sungai Langat Fasa 1 dan Sungai Langat Fasa 2 bagi melindungi kira-kira 120,000 penduduk di kawasan itu daripada impak banjir.

Pada masa ini, katanya, Projek RTB Sungai Langat Fasa 1 sedang dalam proses pengambilan tanah dan dijangka siap pada 2027, manakala projek RTB Sungai Langat Fasa 2 pula dijangka bermula pada Januari 2024 dan siap sepenuhnya menjelang 2030.

"Bagi tindakan jangka pendek, kekerapan penyelenggaraan sistem saliran di kawasan itu telah ditingkatkan oleh pihak berkaitan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan bersempena dengan lawatan kerja beliau ke beberapa kawasan yang terkesan banjir serta Pintu Air Sungai Semarang dekat sini, hari ini.

Pada 5 November lalu, beberapa kawasan dinaiki air akibat hujan lebat berterusan selama sejam termasuk Kampung Sungai Buah, Kampung Jenderam Hilir, Kampung Cemperai, Kampung Seri Tanjung, Taman Delima, Kampung Orang Asli Sungai Melut, Persimpangan FT29/FT32 dan kuarters Penternakan Ayamas Sdn Bhd di Jalan Utama Taman Warisan Suria.

Dianggarkan sebanyak 148 rumah terjejas dan sejumlah 395 penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir berkedalaman 0.2 hingga 0.5 meter. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Ambil Kira Aspek Teknikal, Saintifik Sebelum Bukit Dinding Jadi Geotapak - Nik Nazmi

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Boleh Buka Taman Haiwan, Tapi Perlu Lepasi Tapisan Ketat - Nik Nazmi

4

Politik 2 tahun yang lalu

Isu Pencen: Ucapan Abdul Hadi Tidak Tepat, Mengelirukan Orang Ramai - Nik Nazmi

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar