web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tol Percuma: Masih Perlu Sentuh TnG, Lakukan Transaksi Untuk Rekod Perjalanan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 8:39PM

Kad Touch n Go masih perlu disentuh bagi rekod perjalanan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengguna lebuh raya masih perlu menyentuh kad Touch n Go, dan melakukan transaksi SmartTAG atau RFID di plaza tol kendalian PLUS Malaysia Berhad (PLUS) untuk rekod perjalanan, susulan keputusan Kerajaan untuk memberikan tol percuma sempena sambutan Deepavali.

Pengarah Urusan PLUS Datuk Nik Airina Nik Jaffar berkata namun begitu tiada sebarang bayaran tol akan dikenakan dan pengguna lebuh raya di plaza tol sistem tertutup akan turut menikmati faedah berkenaan ketika melalui plaza tol keluar sepanjang tempoh dua hari yang ditetapkan.

"Semasa pemberian tol percuma selama dua hari dilaksanakan, pengguna lebuh raya dapat menikmati faedah itu di 92 plaza tol sepanjang lebuh raya kendalian PLUS dan juga di 10 plaza tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2).

"Bagaimanapun, pemberian tol percuma tidak ditawarkan di plaza tol lebuh raya di sempadan negara iaitu di Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (Tambak Johor) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura - Linkedua)," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan pengguna Touch n Go supaya memeriksa status kad masing-masing, merancang perjalanan dengan teliti, pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

"Ini bagi mengelakkan kesesakan di plaza tol jika terdapat pengguna menggunakan kad Touch n Go yang tidak aktif dan telah dinyahaktif.

"Kepada orang ramai yang ingin bergerak masa hari-hari puncak, terutamanya pada dua hari berkenaan , PLUS menasihatkan supaya mengikuti jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang telah dikeluarkan oleh PLUS sebelum ini," katanya.

Terdahulu, Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberikan tol percuma selama dua hari kepada pengguna lebuh raya pada hari Sabtu dan Ahad sempena sambutan Deepavali. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad