web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penjawat Awam Selangor Terima Bonus 2 Bulan Setengah Gaji

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2023 5:31PM

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari ketika Pembentangan Belanjawan Negeri Selangor 2024 di Bangunan Dewan Negeri Selangor hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Lebih 20,000 penjawat awam negeri Selangor akan menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) dua bulan setengah gaji yang dibayar secara berperingkat.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata BKK itu bagi menghargai penglibatan penjawat awam negeri ini dalam menjayakan kutipan hasil negeri.

Beliau berkata jumlah itu termasuk Bantuan Khas Kewangan kali pertama sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 yang telah dilaksanakan sempena Hari Raya Aidilfitri 2023 yang lepas.

"Bagi BKK kali kedua, insentif satu bulan gaji atau minimum RM1,000 dengan anggaran implikasi kewangan sebanyak RM40.03 juta yang akan dibayar pada 28 Dis 2023.

"Manakala BKK kali ketiga, iaitu setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 akan dibayar pada Feb 2024 bagi meringankan beban penjawat sempena persiapan sesi persekolahan 2024 yang dijangka bermula pada Mac 2024, katanya ketika membentangkan Belanjawan Selangor2024 di sini hari ini.

Amirudin berkata BKK 2023 dibayar kepada semua yang berkhidmat di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor, termasuk anggota perkhidmatan kerajaan negeri yang gaji mereka dibayar oleh Kerajaan Persekutuan.

"Pemberian BKK akan dilaksanakan berdasarkan pekeliling yang akan dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Sumber Manusia (BPSM)," katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Tua itu mengajak semua wakil rakyat di dalam dewan berdiri membacakan Al-Fatihah dan bertafakur buat ribuan mangsa perang di Gaza, Palestin akibat kekejaman rejim Zionis Israel. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

3

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

4

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

5

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

6

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

Disyorkan untuk anda

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar