web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zulhilmi Bina Para Besi Tempat Simpan Barang Persediaan Hadapi Banjir

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 8:09PM

Rak atau para besi yang dipasang bersebelahan rumah Zulhilmi Abdul Halim sebagai persediaan menjelang MTL. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Musim Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan ini dengan membawa hujan lebat dikhuatiri menyebabkan banyak kawasan rendah berisiko dilanda banjir.

Tinjauan Bernama di Kampung Bendang Perol di Rantau Panjang, antara kawasan kerap dinaiki air, mendapati sudah ada penduduk yang membuat persiapan awal menghadapi musibah itu.

Seorang penduduk, Zulhilmi Abdul Halim, 34, berkata dia sudah siap sedia dengan memasang rak atau para daripada besi setinggi kira-kira empat meter sebagai persediaan untuk meletakkan barangan elektrik seperti televisyen atau mesin basuh supaya tidak ditenggelami air.

"Sebelum ini banyak barangan rumah rosak apabila rumah saya dimasuki air hingga melepasi paras kepala.

"Dengan para yang dipasang kali ini saya berharap kesemua barangan dapat diselamatkan sekali gus mengurangkan kerugian kepada saya sekeluarga," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini hari ini.

Dia yang bekerja sebagai pemandu van sebuah syarikat penghantaran, berkata besi para itu dibeli daripada penduduk berdekatan dengan harga sekitar RM100.

Zulhilmi berkata setiap kali banjir melanda dia bersama isteri dan seorang anaknya akan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh bersama penduduk kampung yang lain.

Menurutnya pada tahun lepas penduduk di situ berhadapan tiga kali banjir tidak termasuk sekali pada awal tahun ini hingga memaksa dia sekeluarga berkampung selama tiga minggu di PPS.

"Pada masa depan, sekiranya ada rezeki lebih saya bercadang mengubahsuai rumah saya kepada dua tingkat dan membina satu bilik sebagai tempat simpanan barang," katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia pada 6 Nov mengeluarkan kenyataan MTL atau musim tengkujuh di Malaysia dijangka bermula pada 11 Nov ini dan berterusan hingga Mac depan, dengan empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 22 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad