web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pembinaan Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak Bermula Pertengahan Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 2:39PM

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pembinaan Hospital Angkatan Tentera (HAT) di Kem Terendak, Melaka yang baharu dijangka bermula pertengahan tahun depan, Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, projek hospital baharu berkapasiti 150 katil yang diluluskan pembinaan tahun lalu dengan kos dianggarkan RM325 juta itu adalah bagi menggantikan fasiliti sedia ada yang telah beroperasi sejak 1964.

Beliau berkata, hospital baharu itu akan dilengkapi dengan kepakaran diperlukan dalam menyokong keperluan operasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) seperti kemudahan dewan bedah, Unit Rawatan Rapi (ICU), kepakaran traumatologi, pembedahan am, ortopedik dan perubatan dalaman.

"Hospital ini turut menyediakan perkhidmatan klinik keluarga dan pesakit luar, pusat rehabilitasi serta kemudahan rawatan pergigian, yang pastinya memberi banyak manfaat kepada seluruh warga ATM, veteran ATM dan juga penduduk sekitar," katanya pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah), yang ingin tahu status terkini kerja-kerja pembaikan dan naik taraf HAT di Kem Terendak serta bentuk kemudahan perubatan dan bidang kepakaran yang ditawarkan di hospital berkenaan.

Mengulas lanjut Adly berkata, hospital baharu itu juga bakal dilengkapi kemudahan perubatan moden seperti Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Imbasan Tomografi Berkomputer (CT Scan), selain ia juga akan dihubungkan melalui sistem pengurusan hospital secara digital yang membolehkan maklumat pesakit dapat dikongsi secara bersama antara fasiliti kesihatan milik ATM dan awam secara maya.

Sementara itu, beliau berkata, ATM sentiasa bersedia untuk menawarkan kepakaran kepada pihak yang memerlukan, termasuk dalam aspek perubatan bagi penduduk Palestin, antaranya melalui pembinaan hospital medan.

Beliau berkata, perkhidmatan hospital medan telah ditawarkan ATM kepada Turkiye ketika negara itu dilanda gempa bumi pada Februari lalu.

"Kita sentiasa bersedia dan terpulang kepada keputusan kerajaan... hospital medan itu sentiasa tersedia sama ada untuk perkhidmatan dalam atau luar negara," katanya menjawab soalan tambahan Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading). - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 32 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar