web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jualan Agro Madani Kumpul Lebih RM60 Juta, Manfaat 7 Juta Isi Rumah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Nov 2023 12:41PM

Orang ramai beratur untuk membeli barangan yang ditawarkan pada program Jualan Agro MADANI. gambar FB FAMA Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganjuran Jualan Agro MADANI berjaya mengumpul nilai jualan lebih RM60 juta dengan memanfaatkan lebih tujuh juta isi rumah di seluruh negara setakat 29 Oktober tahun ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan program yang dijalankan melalui jabatan dan agensi seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia itu turut berjaya mencatat penyertaan 54,300 usahawan, yang melebihi dari jumlah sasarannya iaitu 46,000 sepanjang tahun ini.

"Jualan Agro MADANI dilihat sebagai salah satu program 'quick win' KPKM dalam membantu pengeluar memasarkan produk secara terus kepada pengguna dan secara langsung dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat, terutama dalam komponen makanan melalui harga penjimatan 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat bagi komoditi terpilih," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memaklumkan KPKM turut berhasil mencapai 71 peratus penganjuran program setakat 29 Oktober ini dengan 3,569 lokasi penganjuran di seluruh negara merangkumi 401 kompleks kerajaan, 926 kawasan perumahan berkepadatan tinggi dan 2,242 outlet peruncitan FAMA.

Antara yang menjadi tarikan istimewa Jualan Agro MADANI adalah seperti jualan barangan pertanian segar terpilih seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, telur, ikan, gula, minyak dan lain-lain, selain promosi Kombo MADANI.

"Di Jualan Agro MADANI terdapat juga jualan Happy Hour, Perkhidmatan Kaunter Khidmat Pelanggan, Perkhidmatan Khidmat Nasihat dan Bimbingan Usahawan serta Ikon-ikon pertanian," menurut kenyataan itu.

Selain itu, KPKM turut memaklumkan pihaknya sentiasa memberi fokus mengenai isu dan cabaran keterjaminan makanan, kecukupan bekalan dan kenaikan kos sara hidup.

"Justeru bagi menangani isu ini, beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan oleh KPKM antaranya khidmat pemasaran segar agromakanan meliputi aktiviti belian hasil pertanian daripada petani (buy back program) dikenali sebagai Program i-BELA dan yang terkini program Jualan Agro MADANI bagi menawarkan harga yang lebih berpatutan kepada pengguna," menurut kenyataan itu.

KPKM sentiasa komited dalam memastikan bekalan makanan bagi keperluan rakyat sentiasa mencukupi dan terjamin antaranya melalui Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 dan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025.

Sementara itu, KPKM dalam kenyataan berasingan memaklumkan Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2023 akan disambut pada 10 hingga 12 November ini (Jumaat hingga Ahad) di Dataran Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan sambutan HPPNK yang bertemakan 'Keterjaminan Makanan Untuk Masa Depan' pada 11 November, jam 1.30 tengah hari.

Kenyataan itu turut memaklumkan pelbagai daya tarikan keterjaminan makanan akan memeriahkan HPPNK 2023 menerusi penganjuran Jualan Agro MADANI Mega dengan 333 Aneka Menu Makanan Malaysia MADANI dan Makanan Popular Negeri serta Makanan Viral serta showcase kepentingan teknologi dan inovasi dalam industri agromakanan negara yang antaranya Mekanisasi, Tanaman, Ternakan, Perikanan dan lain-lain.

KPKM memaklumkan 350,000 pengunjung disasar hadir pada sambutan HPPNK 2023, selain mengharapkan ia dapat menarik minat golongan muda menceburi bidang pertanian dan memberikan semangat baharu kepada golongan peladang, penternak dan nelayan.

"Menerusi penganjuran HPPNK 2023 diharap ia akan membantu merancakkan semula ekonomi negara dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dalam sektor pertanian serta industri agromakanan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad