web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lokman Adam Bebas Tuduhan Sebar Berita Palsu Berkaitan COVID-19

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 2:07PM

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam ketika ditemui pemberita selepas prosiding. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Lokman Noor Adam daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu melalui rakaman audio visual mengenai virus COVID-19, dua tahun lepas.

Hakim N. Priscilla Hemamalini membuat keputusan itu setelah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Lokman Noor, 50, di akhir kes pendakwaan.

"Sehubungan itu, OKS (orang kena saman) dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan ini," katanya.

Pada 1 Okt 2021, Lokman Noor mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menyebarkan berita tidak benar melalui rakaman audio visual tentang kemasukan warga India ke Malaysia yang menjadi penyebab penyebaran virus COVID-19.

Penyebaran melalui aplikasi media sosial Facebook atas nama profil “Lokman Adam" itu dengan niat untuk menyebabkan kebimbangan kepada orang awam yang didakwa dilakukan pada 10.55 malam, 3 Mei 2021.

Rakaman itu kemudian dilihat di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia,Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Tingkat 27, Menara KPJ, disini pada 4.40 petang, 9 Mei 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No.2) 2021 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Seramai enam saksi pendakwaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu yang bermula pada 6 Mac lepas.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datin Kalmizah Salleh manakala Lokman Noor diwakili peguam Logen Eskander.

Semasa ditemui pemberita selepas prosiding, Lokman Noor berkata beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah yang berpihak kepadanya.

"Saya bersyukur dan gembira, ini kes kedua saya dilepas dan dibebaskan," katanya.

Pada 23 Jun lepas, Mahkamah Sesyen di sini melepaskan dan membebaskan Lokman Noor daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin pada 2021. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad