web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Curi Cip Kasino RM4.6 Juta: Polis Kesan 5 Lagi Suspek, 10 Telah Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 1:38PM

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman menunjukkan gambar suspek yang ditahan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Polis giat mengesan lima lelaki warga tempatan termasuk seorang yang dipercayai dalang utama dalam kes kecurian cip kasino bernilai lebih RM4.6 juta di Genting Highlands pada 28 Okt lepas, yang dipercayai kecurian cip terbesar di pusat peranginan itu.

Mereka ialah Lee Kien Keong, 44, dari Taman Medan Indah Sungai Lui, Raub yang dipercayai antara dalang utama; Sam Ting Gai, 42, dari Taman Sri Damak, Jerantut; Ho Kian Lim, 46, dari Kampung Baru Sempalit, Raub, Ho Kian Yew, 51, dari Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru dan Chung Chee Lui, 39, dari Taman Bayu Perdana, Klang, Selangor.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihaknya juga telah menahan 10 suspek termasuk seorang warga China yang berusia antara 30 hingga 59 tahun pada serbuan di Genting Highlands dan Raub di Pahang, Kuala Lumpur dan Nilai, Negeri Sembilan antara 29 Okt hingga 1 Nov lepas.

Mengulas mengenai kejadian, Yahaya berkata kecurian 1,160 cip yang disimpan di sebuah bilik kasino khas disedari pada 10 pagi 28 Okt lepas oleh pengurusan kasino dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dua lelaki memecah masuk bilik itu pada 7 pagi hari sama, selepas mengumpil pintu belakang yang digunakan sebagai laluan kecemasan.

"Bilik kasino khas itu difahamkan telah dua hari tidak digunakan dan seorang daripada suspek yang ditahan pernah bekerja di kasino tersebut manakala suspek lain yang bekerja sendiri, dipercayai pengunjung tetap dan biasa dengan persekitaran kasino berkenaan.

"Selepas mencuri cip bernilai antara 500 dan 10,000, ada antara suspek menunaikan cip itu dalam tempoh 48 jam selepas kejadian dan menggunakan wang tersebut untuk berjudi selain ada yang membayar hutang judi," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini hari ini.

Yahaya berkata setakat ini, polis berjaya merampas 428 cip bernilai RM2.997 juta iaitu 149 keping daripada suspek manakala 279 keping dari kasino kerana telah ditunaikan yang dianggarkan bernilai lebih RM1 juta manakala usaha bagi mengesan baki 732 cip sedang dilakukan.

Selain itu, polis juga merampas wang tunai RM16,438 daripada suspek dan seutas rantai emas yang dipercayai dibeli menggunakan wang yang telah ditunaikan, selain turut menemukan dua kad keahlian Genting Highlands.

Yahaya berkata ada dalam kalangan suspek mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, jika sabit kesalahan.

Polis juga meminta mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes untuk menghubungi pegawai penyiasat di 09-2222222 atau balai polis berhampiran. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 39 minit yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad