web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peruntukan RM19 Bilion Untuk Perkukuh Keselamatan Negara, Jamin Kebajikan Warga KDN

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 10:33AM

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peruntukan sebanyak RM19 bilion kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam Belanjawan 2024 adalah bagi memperkukuh kawalan keselamatan negara dan menjamin kebajikan kakitangan kementerian itu.

Menteri berkenaan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata ini sesuai dengan peranan KDN yang dipertanggungjawab untuk mengurus pelbagai jabatan dan agensi bagi memastikan keterjaminan ketenteraman awam serta kawalan sempadan.

Beliau berkata KDN berfungsi di bawah 51 akta Parlimen menerusi tujuh teras utama iaitu pengukuhan keselamatan dan ketenteraman awam, pengurusan tahanan, kawalan sempadan dan maritim serta pintu masuk negara,hal ehwal pengurusan warga asing, pemulihan dan pencegahan dadah, pemerkasaan komuniti dan industri serta kebajikan anggota.

"Ini menjadikan KDN menguruskan banyak jabatan (dan) agensi besar... KDN terdiri daripada kira-kira 120,000 anggota polis (manakala) anggota Jabatan Imigresen Malaysia seramai 15,000 dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) pula sekitar 60,000, antara lain.

"Jadi peruntukan RM19 bilion kepada KDN membolehkan kita membuat penambahbaikan dalam pelbagai aspek terutama kebajikan anggota," katanya dalam program Naratif Khas bertajuk 'Pasca Belanjawan 2024: Memperkukuh Perpaduan dan Keselamatan Negara' terbitan RTM malam tadi.

Ketika membentangkan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan sebanyak RM19 bilion kepada KDN merupakan pertambahan sejumlah RM500 juta berbanding 2023.

Saifuddin Nasution juga berkata peruntukan itu membolehkan kawalan sempadan darat dan perairan dipertingkat sekali gus mencegah kerugian negara akibat aktiviti yang melanggar undang-undang.

(Di Malaysia), sempadan darat lebih kurang 4,000 kilometer manakala sempadan laut 590,000 kilometer persegi... di sini sering berlaku penyeludupan rokok, penangkapan ikan secara haram dan lain-lain... dianggarkan kerugian yang dialami ialah sebanyak RM5 bilion setahun kepada kutipan hasil dalam negara.

"Oleh itu, kesannya cukup membimbangkan jika fungsi kawalan keselamatan darat dan laut diabaikan atau tidak cekap, jadi itu merupakan antara justifikasi peruntukan kepada KDN katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar