web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Langkah Apungkan Harga Ayam Tawar Harga Kompetitif Kepada Pengguna

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 9:28AM

Harga ayam selepas seminggu ia diapungkan dilihat lebih kompetitif dan jauh lebih rendah daripada harga bersubsidi sebelum ini. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Langkah kerajaan mengapungkan harga ayam di pasaran sejak 1 Nov memberi manfaat kepada pengguna kerana pengeluar, pemborong dan peruncit ayam akan bersaing sesama sendiri bagi menawarkan harga yang kompetitif kepada pelanggan.

Ketua Jabatan Ekonomi Fakulti Pengurusan dan Ekonomi Universiti Pendidikan Sultan Idris Prof Madya Dr Zainizam Zakariya berkata mereka perlu menawarkan harga kompetitif bagi mengelak risiko kehilangan pelanggan kerana pengguna akan beralih kepada mereka yang menawarkan harga lebih rendah dan berpatutan.

"Hampir seminggu selepas penamatan subsidi ayam, harga yang ditawarkan dalam pasaran adalah kompetitif dan jauh lebih rendah daripada harga bersubsidi iaitu harga purata ayam bersih standard peringkat nasional adalah RM8.51 sekilogram dan di Semenanjung Malaysia adalah RM8.49.

"Malah harga ayam yang ditawarkan di pasar raya jauh lebih rendah iaitu serendah RM7.49 sekilogram. Di Terengganu pula media melaporkan harga ayam segar turun sehingga 15 peratus atau RM1.40 sekilogram yang mana kebanyakan peniaga menjual antara RM7.20 dan RM7.99 sekilogram," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata langkah kerajaan untuk tidak meneruskan subsidi harga ayam secara tidak langsung mampu menjimatkan perbelanjaan hampir RM4 bilion setahun.

Sehingga Februari lepas, kerajaan telah membelanjakan subsidi keseluruhan untuk ayam berjumlah RM3.8 bilion dengan manfaat tersebut telah dinikmati oleh penternak.

"Hakikatnya walaupun dengan harga bersubsidi, harga ayam masih lagi tinggi semasa musim perayaan. Persoalannya, siapa yang mendapat manfaat berkaitan subsidi harga ayam? Sudah pasti ia bukan dinikmati oleh pengguna," katanya.

Pengapungan harga mengikut mekanisme permintaan dan penawaran itu juga, kata beliau menjadikan industri ternakan ayam bersifat dinamik dan mampu menarik pelaburan dan penggunaan teknologi terkini yang dapat mengurangkan kos pengeluaran.

Beliau juga berkata terdapat ramai pengeluar ayam di negara ini dan pembeli serta pengguna dapat membezakan harga dan kualiti produk bagi setiap pengeluar yang bersaing.

Terdapat juga kebimbangan kemungkinan penurunan harga ayam ketika ini hanya bersifat sementara yang sengaja dilakukan oleh penternak bertujuan membunuh penternak kecil yang lain melalui mekanisme 'penentuan harga predatori', katanya.

"Melalui kaedah ini, penternak yang berskala besar sanggup untuk menurunkan harga agar penternak-penternak kecil tidak mampu bersaing dalam pasaran terbuka yang akhirnya mereka terpaksa memberhentikan operasi.

"Dengan tiadanya persaingan yang sihat, penternak berskala besar mungkin akan kembali memonopoli harga ayam dalam jangka masa panjang. Jadi, adalah diharapkan supaya kerajaan dan agensi berkaitan melakukan pemantauan berkala agar tidak berlaku peningkatan yang ketara ke atas harga ayam di pasaran yang boleh memberi kesan negatif kepada pengguna," katanya.

Pada 30 Okt lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengumumkan subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa 1 Nov selaras dengan pendekatan penyasaran semula subsidi secara berfasa yang dilaksanakan kerajaan. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 7 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad