web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: 10 PPS Dibuka Di Selangor, Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 8:24AM

Mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 10 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir di Selangor dan Perak setakat 8 malam tadi.

Di SELANGOR, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 547 orang daripada 144 keluarga malam tadi, berbanding 579 orang daripada 157 keluarga pagi semalam.

Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa ditempatkan di enam PPS di Sepang dan Hulu Langat.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi dan SK Semenyih di Hulu Langat menempatkan 87 mangsa manakala empat lagi PPS dibuka di Sepang menempatkan 460 mangsa iaitu di Dewan Orang Ramai Kampung Dato' Ahmad Razali, Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Dewan Orang Ramai Taman Gemilang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil.

Sementara di PERAK, mangsa banjir meningkat kepada 257 orang daripada 74 keluarga malam tadi, berbanding 219 mangsa banjir daripada 63 keluarga, pagi semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa masih ditempatkan di empat PPS di daerah Hilir Perak dan Kerian.

Menurut sekretariat itu, jumlah mangsa di Hilir Perak bertambah kepada 103 orang daripada 31 keluarga di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala tiada mangsa di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan, namun ia belum ditutup secara rasmi.

"Mangsa banjir di Kerian pula kekal 97 orang daripada 24 keluarga yang ditempatkan di SK Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada di tahap bahaya pada 4.08 meter, manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dalam keadaan berjaga-jaga pada paras 13.10 meter.

Jabatan Kerja Raya Perak pula memaklumkan laluan FT 147 Jalan Selama di Kerian ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh, sementara laluan A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah dijadikan sebagai jalan alternatif. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Pagi Ini

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad