web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 10:56AM

Persediaan APM di salah satu PPS di Hilir Perak. - gambar APM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 386 orang daripada 111 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 373 orang daripada 107 keluarga, malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan kesemua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.

Menurut sekretariat itu di Kerian, 100 orang daripada 24 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga berlindung di PPS SK Alor Pongsu.

"Di Hilir Perak, PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak menempatkan 185 penduduk manakala 44 orang berada di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPT), menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras Sungai Bidor di Changkat Jong menurun, namun masih berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 3.97 meter berbanding paras normal iaitu dua meter.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.

Selain itu, laluan F 193 Jalan Proton City di daerah Mualim juga terhalang di kedua-dua arah dan ditutup kepada kenderaan akibat tanah runtuh, manakala di Kerian laluan FT 147 Jalan Selama hanya dibuka kepada kenderaan berat dan orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.

Banjir turut melanda di JOHOR BAHRU, apabila seramai 101 penduduk di Lorong Mak Piah Kampung Sungai Tiram di sini, dipindahkan ke PPS susulan banjir kilat.

Keadaan banjir di Sungai Tiram. - gambar JBPM Johor
Keadaan banjir di Sungai Tiram. - gambar JBPM Johor

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Faiz Ramli berkata mereka yang terdiri daripada 31 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Raya Sungai Tiram mulai 11 malam tadi

Beliau berkata penghulu mukim kampung berkenaan memaklumkan, hujan lebat berlaku sekitar 4 petang dan longgokan kayu serta sampah di jambatan sungai berdekatan telah menyekat aliran air yang seterusnya melimpah sekali gus menyebabkan banjir setinggi satu meter.

"Pasukan keluaran operasi (PKO) terdiri daripada lapan anggota bertindak memindahkan mangsa ke PPS dengan menggunakan sebuah bot bomba sukarela dan sebuah bot orang awam. Ada juga mangsa yang berpindah sendiri ke PPS berkenaan," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata pemantauan sentiasa dijalankan di lokasi kejadian meskipun hujan telah berhenti sekitar 6 petang semalam.

Setakat 8 pagi ini cuaca di kawasan itu dilaporkan cerah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Banjir: 10 PPS Dibuka Di Selangor, Perak

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad