web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Rugi Hampir RM300,000 Terpedaya Pelaburan Bitcoin

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Nov 2023 3:40PM

Penipuan itu bermula sejak April lalu. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Seorang warga emas kerugian sebanyak RM299,373.40 akibat terpedaya dengan pelaburan bitcoin yang diiklankan melalui Facebook dengan tawaran pulangan lumayan.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata kejadian membabitkan wanita berusia 62 tahun itu bermula April lepas apabila berurusan dengan seorang lelaki yang menguruskan laman terbabit.

Selain Facebook, pesara itu turut menggunakan aplikasi WhatsApp bagi menyertai pelaburan bitcoin yang menggunakan nama Syarikat Bitcoin Yoamax, kata beliau.

"Bagi tujuan itu, mangsa memasukkan sebanyak RM35,320 menerusi tujuh transaksi akaun bank berbeza secara berperingkat.

"Mangsa juga menyerahkan data peribadi seperti nama, nombor kad pengenalan selain maklumat perbankan untuk urusan berkenaan serta memuat turun aplikasi Yoamax," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail berkata mangsa kemudian dihubungi kononnya telah mendapat keuntungan daripada pelaburan awal, namun diminta untuk memasukkan wang berjumlah RM164,417 jika ingin mengeluarkan duit berkenaan.

Suspek, katanya turut memberitahu mangsa bahawa wang itu akan dikembalikan sekiranya mangsa tidak terlibat dengan aktiviti pengubahan wang haram.

"Transaksi tidak habis di situ apabila mangsa juga dikehendaki memasukkan wang berjumlah RM99,636 bagi tujuan pembayaran pertukaran wang asing.

"Bagaimanapun, sehingga hari ini mangsa masih belum mendapat sebarang bayaran serta keuntungan yang dinyatakan sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat semalam," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang setahun dan maksimum 10 tahun, sebat serta denda.

Dalam masa yang sama, Ismail menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan membuat semakan dengan pihak berkuasa terlebih dahulu. - BERNAMA

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 20 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad