web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Agong, Raja Permaisuri Hadir Makan Malam Amal PBSM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Nov 2023 9:00AM

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan berangkat ke Majlis Makan Malam Amal di sebuah hotel malam tadi.Turut berangkat Tunku Puteri Intan Safinaz - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis makan malam amal Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM). 

Majlis itu diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-75 PBSM.

Pengerusi Kebangsaan PBSM Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam ucapannya berkata susulan krisis di Palestin baru-baru ini, persatuan itu telah melancarkan rayuannya bagi membantu Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) dalam usaha mereka menyediakan sokongan kemanusiaan. 

Kami sedang menguruskan pemindahan RM200,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin. Sumbangan ini direalisasikan susulan kemurahan hati rakyat Malaysia dan sokongan kerajaan. 

"Kita sedang menyaksikan ketidakpatuhan terhadap Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa, Konvensyen Geneva dan peraturan serta pengendalian peperangan dan menggesa anda agar terus menyokong usaha kami," katanya.

Beliau juga berkata PBSM berjaya mengumpul sumbangan berjumlah RM1.9 juta daripada entiti korporat bagi pelbagai inisiatif kemanusiaan seperti bantuan bencana banjir, naik taraf bilik perkhidmatan kecemasan PBSM dan sekolah medan kemanusiaan. 

Antara penyumbang ialah Nestle Malaysia, Yayasan CIMB, Yayasan TM, Melaleuca Asia Tenggara dan Pfizer. 

Turut hadir Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh serta Ahli Parlimen Bandar Tun Razak Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. 

Majlis makan malam itu turut menyaksikan Al-Sultan Abdullah berkenan melancarkan koleksi Setem Sempena Ulang Tahun ke-75 PBSM. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Pelakon Antarabangsa Terkenal Fan Bingbing

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Waspada Gelombang Haba Berterusan, Elakkan Aktiviti Luar - Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Dipersembahkan Laporan Kemajuan Pembinaan Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Budaya Tolak Rasuah, Salah Guna Kuasa Perlu Jadi Teras Kepimpinan ATM - Agong

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad