web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Guna Pengaruh Di Peringkat Antarabangsa Selesai Kemelut Di Gaza - Zambry

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 8:17PM

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia akan terus menggunakan pengaruhnya di peringkat antarabangsa dan memainkan peranan aktif bersama-sama dengan negara lain dalam mencari jalan penyelesaian segera bagi kemelut di Gaza.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, beliau akan melawat India esok dan seterusnya ke Qatar sebelum ke beberapa negara lain dalam usaha berterusan ke arah menghentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza oleh rejim Israel.

"Mungkin ada yang anggap Malaysia sebagai sebuah negara kecil, tetapi dalam konteks pengaruh Malaysia dalam kalangan negara-negara ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), G77, Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Global South, nama Malaysia sentiasa diberikan keutamaan dan suara Malaysia seringkali diminta," katanya kepada pemberita di program Hari Wisma Putra di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Duta Besar Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali supaya Malaysia memainkan peranan yang lebih besar dengan menggalakkan negara lain untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Palestin.

Mengenai keputusan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan rang undang-undang (RUU) berhubung sekatan terhadap pihak luar yang menyokong Hamas dan pergerakan Jihad Islam Palestin pada Rabu, Zambry berkata, Malaysia sedang melihat langkah-langkah seterusnya yang boleh diambil bersama negara-negara lain.

"Saya rasa ini adalah sesuatu yang perlu kita perhatikan secara serius kerana ia tidak hanya akan memberi kesan kepada Malaysia tetapi juga negara-negara lain juga," katanya.

Zambry sebelum ini berkata, pihaknya akan melihat secara terperinci terlebih dahulu kandungan rang undang-undang berkenaan sebelum melaksanakan apa-apa tindakan susulan.

Lebih 9,000 rakyat Palestin terkorban dalam serangan tentera penceroboh Israel sejak 7 Okt, manakala lebih 32,000 lagi cedera dan lebih 2,000 masih hilang. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 6 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad