web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: 353 Mangsa Masih Berlindung Di 5 PPS Di Perak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 12:19PM

Seramai 353 orang mangsa banjir masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak pagi ini berbanding 419 orang daripada 121 keluarga semalam. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Sebanyak 353 orang daripada 103 keluarga manga banjir masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak pagi ini berbanding 419 orang daripada 121 keluarga semalam. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan, di daerah Hilir Perak, 105 orang daripada 33 keluarga masih ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala 48 orang daripada 12 keluarga berada di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan.

"Di Kerian, 100 orang daripada 24 keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 59 orang daripada 20 keluarga pula berlindung di PPS SK Alor Pongsu," menurut kenyataan itu.

Menurut sekretariat itu, jumlah mangsa banjir di daerah Hulu Perak kekal seramai 41 orang daripada 14 keluarga di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Kuak Luar.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan, paras Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras bahaya apabila merekodkan ketinggian 3.65 meter berbanding paras normal iaitu dua meter, manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pula pada paras berjaga-jaga dengan 13.28 meter berbanding paras normal 10 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pula meramalkan ribut petir berlaku pada sebelah petang di beberapa daerah iaitu Hilir Perak, Manjung, Larut, Matang dan Selama, Kinta, Kuala Kangsar, Kerian serta Bagan Datuk.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan Jalan Kubu Gajah Ijok-Sumpitan di Selama masih ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh dan orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.

Selain itu, di Kerian laluan FT 147 Jalan Selama hanya dibuka kepada kenderaan berat dan orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

3

Video & Galeri 2 minggu yang lalu

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hilang Hampir Seminggu, Lelaki OKU Ditemukan Maut

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

3

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

4

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

5

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 6 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 20 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad