web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PDRM Tubuh Pasukan Khas Siasat Kematian Pelajar Berhampiran Pusat Hiburan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2023 3:19PM

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri. - gambar Polis Sarawak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sebuah pasukan siasatan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat secara terperinci, kes kematian pelajar wanita berusia 22 tahun yang ditemukan berhampiran sebuah pusat hiburan di bandar raya ini pada 16 Okt lepas, kata Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

Beliau berkata menerusi penubuhan pasukan khas itu juga, pihaknya memberi jaminan akan mempercepatkan siasatan kes terbabit.

"Pasukan Petugas ini untuk menyemak kembali siasatan, meneruskan siasatan dan percepatkan siasatan itu, seterusnya kita akan merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya.

"Saya menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sepanjang siasatan ini dan kita berjanji untuk cepatkan siasatan, kerana ia telah pun diberi komen dan mendapat keprihatinan Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Chong pada 25 Okt lepas di Dewan Rakyat, yang memohon pasukan penyiasat PDRM dihantar ke Kuching bagi mencari kebenaran di sebalik kematian wanita itu, yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan polis tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Menurut Chong, keluarga mangsa memaklumkan ujian air kencing ke atas mangsa mengesan tiga jenis dadah.

Pada 18 Okt lepas, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata mangsa yang merupakan penuntut di sebuah pusat pengajian swasta di ibu kota, ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi jalan berhampiran sebuah pusat hiburan dan disahkan meninggal dunia. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad