web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kemelut MYAirline: PERKESO Laksana 5 Intervensi, 357 Permohonan Faedah SIP Diproses

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 4:13PM

PERKESO turut mendapatkan butiran pekerja MYAirline untuk proses 357 permohonan faedah SIP bagi tempoh maksimum selama enam bulan, demi menjamin kelangsungan hidup keluarga mereka. - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sudah menjalankan lima program intervensi dalam membantu merungkai kemelut dialami pekerja syarikat penerbangan tambang murah, MYAirline Sdn Bhd (MYAirline).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata intervensi pertama diadakan melalui mesyuarat secara dalam talian bersama pengurusan sumber manusia syarikat penerbangan berkenaan pada 12 Okt lepas, iaitu sejurus selepas MYAirline mengumumkan penggantungan operasi.

Beliau berkata bersandarkan maklumat mengenai situasi semasa pekerja syarikat penerbangan itu, PERKESO kemudiannya bekerjasama dengan Malaysia Airlines Bhd (MAS) merencana usaha menyerap kakitangan MYAirline melalui temu duga bagi jawatan kru kabin, jurutera dan khidmat pelanggan pada 14 Okt.

Mohammed Azman berkata perkembangan itu membawa kepada dua lagi mesyuarat lanjutan secara dalam talian dan fizikal dilangsungkan, masing-masing pada 18 serta 19 Okt.

"Mesyuarat membabitan pengurusan tertinggi MYAirline ini adalah untuk merangka program susulan yang perlu diadakan secepat mungkin, demi memastikan kebajikan dan kelangsungan

hidup pekerja syarikat penerbangan ini terjamin.

"Hasil mesyuarat itu kemudian membawa kepada taklimat faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dan pemprofilan pekerja oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan untuk kakitangan MYAirline bertempat di Subang Jaya, selama dua hari bermula 25 Okt," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammed Azman berkata menerusi taklimat itu, PERKESO turut mendapatkan butiran pekerja MYAirline untuk proses 357 permohonan faedah SIP bagi tempoh maksimum selama enam bulan, demi menjamin kelangsungan hidup keluarga mereka.

Katanya usaha PERKESO menyalurkan bantuan demi merungkai kemelut dialami pekerja MYAirline turut mendapat kerjasama daripada Kesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (NUFAM).

Mengulas lanjut, Mohammed Azman berkata status kontrak perkhidmatan pekerja MYAirline yang seakan tergantung adalah antara faktor yang mempengaruhi proses permohonan faedah melalui Akta Sistem insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Beliau berkata bagaimanapun PERKESO akan terus melipatgandakan usaha ke arah penyaluran bantuan termasuk dari segi pemberian faedah, penempatan pekerjaan baharu dan peningkatan kemahiran dalam kalangan pekerja MYAirline.

Katanya adalah penting untuk majikan memastikan caruman PERKESO untuk pekerja dibuat mengikut ketetapan kerana jika majikan culas, kebajikan kakitangan bakal terjejas apabila pembuangan kerja berlaku.

Mohammed Azman berkata pihaknya memandang serius majikan yang tidak berdaftar dan mencarum pekerja di bawah seliaan mereka dengan PERKESO dan tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat sebarang ketidakpatuhan terhadap perkara itu.

Sebelum ini, MYAirline mengumumkan penggantungan operasinya berkuat kuasa 12 Okt sehingga diberitahu kelak, antara lain disebabkan tekanan kewangan yang menyebabkan operasi perlu digantung sementara menunggu penstrukturan semula pemegang saham dan permodalan semula syarikat.

Semalam, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) mengumumkan pihaknya telah menggantung Lesen Perkhidmatan Udara (ASL) MYAirline berkuat kuasa serta-merta iaitu penggantungan itu akan menjaga kepentingan penumpang dan pekerja yang terjejas akibat penggantungan operasi MYAirline, serta mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh industri penerbangan pascapandemik COVID-19. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar