web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pemangku Raja Pahang Berangkat Ke Festival Warisan Dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Nov 2023 9:19AM

Ketibaan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat tiba di Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023 di Muzium Kesultanan Melayu Melaka di Banda Hilir di sini, malam tadi.

Keberangkatan tiba Tengku Hassanal pada 8.45 malam turut diiringi Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam dan isteri Toh Puan Asmah Ab Rahman.

Turut mengiring keberangkatan baginda adalah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Baginda turut berkenan menghadiri Santapan Diraja yang menyajikan menu kedua-dua negeri antaranya asam pedas, patin bakar tempoyak, daging masak hitam dan sambal masak hitam pada festival berkenaan.

Ab Raut dalam ucapannya berkata Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023 merupakan program lintasan budaya antara kedua-dua negeri yang diadakan bersempena dengan Program Menjunjung Kasih Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata ia merupakan penghargaan rakyat Melaka terhadap Seri Paduka yang akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada Januari tahun depan.

"Bagi pihak kerajaan negeri dan rakyat Melaka, kami berasa bertuah dan amat bangga terhadap kebijaksanaan dan kewibawaan Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai seorang raja apabila berjaya menyelesaikan banyak perihal membabitkan pentadbiran kerajaan Persekutuan sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka.

"Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku juga bukan sahaja dikenali sebagai seorang raja yang sangat berjiwa rakyat, malah amat prihatin dalam memayungi usaha-usaha kebajikan dan kesejahteraan terhadap seluruh rakyat jelata," katanya.

Sementara itu, Wan Rosdy berkata Festival Warisan dan Pelancongan Melaka-Pahang 2023 memberi peluang kepada kedua-dua negeri untuk menyatukan kekayaan warisan budaya melibatkan kesenian, tarian tradisional, muzik dan makanan.

"Sebagai contohnya di Pahang kami mempunyai Tarian Gamelan, Tarian Piring dan Tarian Labi-Labi, Gendang Pahang, Joget Pahang serta masakan ikan patin tempoyak dan asam rong.

"Menerusi festival ini juga, ia merupakan satu platform iaitu kita dapat mempromosikan lokasi lokasi-lokasi pelancongan menarik di kedua-dua negeri kepada rakyat jelata," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar