web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumpa Tengkorak, Cebisan Tulang Manusia Dalam Ladang Sawit

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2021 9:21PM

Seorang anggota forensik sedang memeriksa lokasi penemuan tengkorak dan cebisan tulang manusia di Teluk Intan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TELUK INTAN - Seorang pekerja ladang warga Bangladesh terkejut apabila menemui tengkorak serta cebisan tulang manusia ketika sedang meracun rumput di ladang kelapa sawit berdekatan Batu 5, Teluk Intan, di sini, hari ini.

Difahamkan, tengkorak dan cebisan tulang manusia itu ditemui kira-kira jam 11 pagi sebelum ia dimaklumkan kepada anggota polis bantuan di ladang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Adnan Basri berkata, unit forensik bersama Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak yang bergegas  ke lokasi kemudiannya menemui semua cebisan tulang itu.

Katanya, sebanyak 22 spesimen serta sampel tanah itu kemudiannya diambil manakala tengkorak manusia pula ditemui di kawasan pokok kelapa sawit berdekatan.

Menurut Ahmad Adnan, cebisan tulang tangan, pelvis, gigi dan peha turut ditemui bertaburan di kawasan berkenaan berjarak antara 10 hingga 20 meter antara sama sama lain, dipercayai kerana dimakan haiwan liar.

“Pemeriksaan di lokasi tidak menemui barangan lain seperti baju, senjata atau apa-apa yang boleh mengaitkan penemuan itu dengan unsur-unsur jenayah.

“Tengkorak dan cebisan tulang itu kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan (HTI) untuk bedah siasat bagi mengesan indentiti mangsa,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Adnan berkata, buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut manakala orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Polis Balai Teluk Intan, Inspekor Al-Ikhsan Borhan di talian 05-6299222. - Getaran, 26 Mei 2021

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar