web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Subsidi Ayam Tamat Hari Ini, Penjimatan Diguna Untuk Kebajikan Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Nov 2023 12:39PM

Harga ayam mula diapungkan hari ini. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Subsidi dan kawalan harga ayam ditamatkan berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan kerajaan meningkatkan pelbagai inisiatif sosioekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan wang tunai.

Walaupun tiada lagi subsidi dan kawalan, kerajaan memberi jaminan tidak akan berlaku kenaikan harga secara mendadak ke atas bahan mentah itu dan memastikan bekalan sentiasa mencukupi.

Dua hari lepas, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.8 bilion bagi menampung kos ayam dan telur sejak Februari 2022

Mohamad berkata rasional penamatan subsidi secara pukal bagi ayam adalah untuk mengurangkan ketirisan subsidi yang turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Sementara itu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (PKM) menerusi siaran soalan lazim di laman sesawangnya menyebut kerajaan dapat menjimatkan RM100 juta sebulan susulan langkah mengapungkan harga ayam seterusnya membolehkan pelaksanaan pelbagai insan sosioekonomi dan kebajikan rakyat termasuk bantuan tunai.

la termasuk melalui bantuan insentif dan segi pembiayaan dana pusingan kepada penternak bersaiz kecil dan sederhana serta skim mikro kredit sebagai bantuan modal pusingan kepada penternak komuniti dan program transformasi reban ayam terbuka kepada reban ayam tertutup.

Prihatin dengan penduduk luar bandar, kerajaan akan menganjurkan Jualan Agro MADANI dan Jualan Rahmah di seluruh negara supaya harga jualan ayam kekal kompetitif dan tidak membebankan rakyat.

Kerajaan juga memberi jaminan akan sentiasa melaksanakan pemantauan harga ayam daripada peringkat ladang hingga ke outlet peruncitan dari semasa ke semasa yang akan dilaksanakan bersama KPKM dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Sementara itu, kerajaan bersetuju meneruskan subsidi bagi telur gred A, B, C mengikut mekanisme sedia ada. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Semasa 19 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad