web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Isu Palestin-Israel Alat Pecah Belah Masyarakat Malaysia - PM

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2023 1:54PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak mempolitikkan konflik Palestin-Israel dan mengizinkan isu itu dijadikan alat untuk memecahbelahkan keharmonian masyarakat di Malaysia.

Anwar berkata, rakyat pelbagai kaum di negara ini sepatutnya melihat konflik itu dari sejarahnya dan isu kemanusiaan membabitkan penduduk Palestin yang inginkan kemerdekaan daripada penjajahan Israel.

“Saya juga ambil kesempatan untuk menggesa seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama untuk melihat ini dari segi kaedah sejarah dan kemanusiaan serta jangan jadikan isu ini yang membedakan sikap kita mengenai apa itu kemerdekaan.

“Saya gesa rakan-rakan kerana ada suara yang anggap kita keras dan bertentangan dengan sikap berkecuali tetapi ya Malaysia mendokong prinsip berkecuali tetapi tidak berkecuali dalam soal kezaliman, tidak berkecuali bila ribuan anak-anak dibunuh dan dibom, tidak berkecuali dalam soal keadilan dan kemanusiaan,” kata beliau pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang ingin tahu perkembangan lawatan kerja Perdana Menteri ke Arab Saudi, Turkiye dan Mesir berhubung dengan serangan Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Anwar berkata, isu Palestin sememangnya sangat dekat dengan umat Islam, namun dalam masa yang sama ia melibatkan isu kemanusiaan yang perlu didedahkan kepada rakyat untuk menambah pengetahuan mereka. 

“Jadi saya harap kita ambil kesempatan ini untuk mendedahkan maklumat kepada rakyat sebab itu saya menyokong gesaan Menteri Pendidikan (Fadhlina Sidek) supaya itu digalakkan pelajar untuk mengikuti perkembangan yang berlaku.

“Tentu kita ada garis panduan, jangan kita seolah-olah galakkan sikap kebencian sesama mereka tetapi pencerahan, kefahaman tentang apa yang berlaku, kezaliman, penindasan, apa itu perampasan,” kata beliau.

Mengenai tekanan dan ugutan, Anwar berkata, Kementerian Luar menerima tiga ‘demarche’ (tatatindak) daripada kerajaan Amerika Syarikat pada 13, 18 dan 30 Oktober lalu yang meminta negara tidak meneruskan pendirian terutama keengganan Malaysia untuk menganggap Hamas sebagai badan pengganas.

Anwar berkata, bagaimanapun Malaysia kekal dengan pendirian bebas, menggunakan pertimbangan kemanusiaan dan menganggap pencerobohan adalah satu tindakan haram di sisi undang-undang dan kaedah antarabangsa.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Malaysia menyokong cadangan Turkiye dan Arab Saudi untuk mengadakan mesyuarat tergempar Ketua-Ketua Negara Islam bagi membincang isu Palestin dengan lebih mendalam.

“Saya telah meminta Menteri Luar (Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir) untuk menghubungi Turkiye dan Arab Saudi untuk menyatakan ada kewajaran untuk adakan sidang tergempar itu yang melibatkan juga negara-negara seperti Brazil, Rusia dan China yang menyatakan sikap yang agak tegas menentang keganasan Israel,” kata beliau. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Politik 1 minggu yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

Semasa 1 minggu yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad