web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Kesan 2 Kes Baharu Positif Cacar Monyet

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Oct 2023 4:29PM

Kesan lepuh akibat mpox.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Dua kes baharu positif cacar monyet (mpox) yang membabitkan dua lelaki warga tempatan dikesan di Malaysia, yang menjadikan jumlah kumulatif empat kes pada tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata kes ketiga positif mpox itu disahkan pada 21 Okt lepas setelah lelaki berkenaan menunjukkan gejala demam dan lepuh pada 6 Okt.

Kes keempat pula merupakan kontak rapat kepada kes ketiga dan disahkan positif pada 23 Okt lepas apabila pesakit turut menunjukkan gejala yang sama pada 6 Okt, katanya.

"Kedua-dua kes sedang menjalani isolasi di rumah dan berada dalam kesihatan yang stabil. Kedua-dua kes menafikan mempunyai sejarah lawatan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.

"Semua kontak bagi kes ketiga dan keempat telah dikenal pasti dan tiada mengalami gejala jangkitan mpox. Status kesihatan mereka juga sedang dipantau," katanya.

Dr Muhammad Radzi berkata kedua-dua kes baharu itu tiada hubung kait dengan kes pertama dan kes kedua yang dilaporkan pada Julai lepas.

Mpox ialah sejenis jangkitan disebabkan oleh virus mpox yang jangkitan berlaku melalui sentuhan rapat dengan individu yang mempunyai gejala dan tanda jangkitan mpox.

Dr Muhammad Radzi berkata gejala mpox ialah demam berserta ruam makula papular atau ruam lepuh pada muka, tapak tangan, tapak kaki, kemaluan, konjunktiva dan juga kornea.

"Tempoh inkubasi sebelum individu menunjukkan gejala jangkitan mpox adalah antara lima ke 21 hari dari tarikh pendedahan kepada jangkitan.

"Individu positif jangkitan mpox boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum gejala muncul dan sehingga semua lepuh telah kering serta tanggal sepenuhnya. Lazimnya, kes mpox akan sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan khusus," katanya.

Dr Muhammad Radzi meminta pengamal perubatan untuk peka terhadap individu dengan gejala ruam dan lepuh yang datang mendapatkan rawatan, terutamanya dalam kalangan kumpulan berisiko tinggi.

Beliau berkata sejarah risiko kontak rapat dengan individu bergejala jangkitan mpox perlu didapatkan.

"Bagi kes yang disyaki mpox, swab lepuh, swab oral dan sampel darah atau serum perlu dihantar ke makmal yang menyediakan perkhidmatan ujian pengesanan virus mpox.

"Kes disyaki mpox hendaklah dinotifikasi ke pejabat kesihatan daerah berhampiran melalui Sistem e-Notifikasi agar siasatan lanjut serta langkah kawalan dapat dijalankan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Diabetes, Obesiti, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Krisis Penyakit Tidak Berjangkit Di Malaysia

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad